Asklegal

Tender | Services

BIG TREE OUTDOOR SDN. BHD.


BIG TREE
NOTIS TENDER HAK PENAMAAN
STESEN "PRASARANA".

Big Tree Outdoor Sdn. Bhd. (Big Tree) mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai cadangan tender bagi Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk Program Hak Penamaan Stesen. Program ini merupakan inisiatif Prasarana dan Big Tree untuk mewujudkan kerjasama strategik, mampan dan berterusan dalam kalangan pengendali sistem pengangkutan awam terkemuka dalam usaha menaik taraf perkhidmatan RapidKL bagi memenuhi keperluan pengguna komuter yang kian meningkat.

Terdapat beberapa stesen yang telah dikenal pasti untuk program ini. Maklumat program dan dokumen tender yang lengkap boleh dimuat turun melalui http://www.bigtreeoutdoor.com. 

Kertas cadangan yang telah lengkap hendaklah dimasukkan dalam sampul surat bergam dan dikemukakan melalui "SERAHAN TANGAN” kepada kotak cadangan "Prasarana, Naming. Rights Programme" selewat-lewatnya pada 6 April 2018, sebelum pukul 3.00 petang di alamat berikut:

BIG TREE OUTDOOR SDN. BHD.
Tingkat 2, Balai Berita, Anjung Riong,
No. 31, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
(Company No: 0318264-M)


Medium c048f74e a2be 4163 86d9 ed6f018ad72b