Asklegal

Tender | Services

PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG PENANG DEVELOPMENT CORPORATION 


 

JEMPUTAN MENGEMUKAKAN CADANGAN (REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)}-RECALL UNTUK PENYEWAAN, DAN PENGURUSAN PUSAT MAKANAN LAUT & LAIN-LAIN PERNIAGAAN YANG TERLETAK DI ATAS LOT 135, 143 & 144 MUKIM 13 BATU KAWAN, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah
membangunkan projek Pusat Makanan Laut & Lain - Lain Perniagaan di atas tapak seluas 1.3607 hektar di utara Batu Kawan bersebelahan Jeti Batu Musang. Pusat Makanan tersebut terletak berhampiran muara Sungai Jejawi dan menghadap Pulau Aman dan Pulau Gedung yang juga merupakan pusat aktiviti pelancongan terkenal di Seberang Perai Selatan. Projek ini dibangunkan dengan objektif menggalakkan aktiviti pelancongan melalui perniagaan penyediaan makanan berasaskan kepada makanan laut dan lain-lain perniagaan.

Jemputan adalah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat yang diperbadankan di Malaysia bagi mengemukakan Jemputan Mengemukakan cadangan (Request for Proposal (RFP)}-Recall. Jemputan ini dibuka kepada syarikat-syarikat yang berpengalaman dalam bidang penyediaan dan pengurusan makanan dan restoran makanan laut untuk menyewa dan mengurus Pusat Makanan Laut & Lain-Lain Perniagaan di Batu Kawan.

Syarikat-syarikat adalah dijemput mengemukakan cadangan berdasarkan Pakej Jemputan mengemukakan Cadangan (Request for Proposal (RFP)-Recall untuk sewaan dan pengurusan Pusat Makanan Laut & Lain - Lain Perniagaan mulai 13 Februari 2018 (Selasa) dengan kos dokumen tender berharga RM212.00 (termasuk GST 6%) (TIDAK DIKEMBALIKAN).

Pakej dokumen boleh diperolehi dari: .

Bahagian Pengurusan Harta, Paras 4 
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu 
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel:04-6340111/ Faks: 04-6340206 (Sila hubungi Puan Mas Zulaikha Binti Mas
Lockman Ousin Tel: 04-6340419 atau Puan Siti Mas Amran Chew Tel: 04-6340415)


Pembayaran boleh dibuat secara tunai/cek syarikat/ deraf bank atas nama PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG dan dipalang "Akaun Penerima Sahaja'.

Lawatan tapak adalah wajib dan akan diadakan pada 13 Februari 2018 (Selasa), jam 10.00 pagi di Pusat Makanan Laut & Lain-Lain Perniagaan, Lot 135, 143 & 144, Mukim 13, Batu Musang, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Sila kembalikan Borang Lawatan Tapak (yang boleh diperolehi di Laman Web PDC) kepada Bahagian Pengurusan Harta (PDC) selewat-lewatnya pada 12 Februari 2018 (Isnin).

Dokumen Jemputan Mengemukakan cadangan (RFP) yang dihantar secara faks tidak akan diterima. Tarikh tutup penerimaan Jemputan Mengemukakan cadangan (RFP) ini ialah pada 5 April 2018, (Khamis), jam 12.00 tengah hari di pejabat:

Bahagian Perolehan, Paras 3
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

'Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain - lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan Petender akan menyebabkan RFP tersebut ditolak serta merta."

Semua syarikat perlu mengisi dan mengembalikan “Surat Akuan Petender' seperti di Lampiran Dokumen RFP.


Medium 4f9c1ea8 5cf0 4525 82cd c4bdbf967abe