Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang - Bridge Building Project


TENDER NO: PPPP/\/T25/2020

CADANGAN JAMBATAN MERENTASI SUNGAI TENGAH DAN

SUNGAI MATI, RAWATAN TANAH DAN SAMBUNGAN JALAN 40 METER SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA DI BKIP 2, BYRAM, MUKIM 11, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.

 

Tender adalah terbuka kepada kontraktor tempatan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan berdaftar dengan CIDB, Memegang Perakuan Pendaftaran ATAU Memegang Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang masih sah untuk Gred G7, Kategori CE, Pengkhususan CE01, CE02, CE21 dan CE23.

2. Mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman dalam pembinaan jambatan dan jalan dengan menyertakan surat tawaran untuk setiap projek.

3. Mempunyai sekurang-kurangnya RM10 juta modal minima untuk kelayakan menyertai tender dengan menyertakan 6 bulan terkini penyata bank atau Penyata Kewangan Syarikat untuk tempoh 3 tahun terkini.

Kontraktor yang ingin menyertai tender ini perlu kemukakan dokumen-dokumen seperti di atas melalui email sitizuraidah@pdc.gov.my dan zamani@pdc. gov.my sehingga 24 Jun 2021, jam 12.00 tengahari untuk pendaftaran sesi taklimat.

Maklumat yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan.

Kontraktor adalah DIGALAKKAN untuk melawat sendiri cadangan tapak projek berkenaan. Kontraktor yang lulus pendaftaran akan diberi pautan (melalui email syarikat) untuk taklimat tender secara online (DIWAJIBKAN) mulai 24 Jun 2021, jam 12.00 tengahari. Pautan ini hanya sah sehingga 25 Jun 2021, jam 12.00 tengahari. Kontraktor perlu mengisi Borang Pengesahan Taklimat Tender melalui pautan tersebut untuk tujuan pembelian dokumen tambahan.

Kontraktor yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian.

Kontraktor yang layak hendaklah membuat pembayaran Yuran Dokumen RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan) dan bayaran dokumen tambahan dengan bayaran RM1,500.00 secara transaksi segera (Instant Transfer) dalam tempoh tiga(3) hari selepas menerima email yang mengandungi nombor akaun untuk tujuan pembayaran. Selepas tempoh ini sebarang pembayaran tidak akan diterima.

Hanya Kontraktor yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima pautan muat turun melalui e-mel pada 1 Julai 2021 untuk memuat turun Dokumen Tender daripada urusetia.

Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan atau pos berdaftar/kurier. Dokumen Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Tender hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan. Dokumen Tender yang dihantar melalui pos hendaklah sampai sebelum tarikh tutup tender yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan disebabkan masalah pos tidak akan dilayan.

Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 5 Ogos 2021, jam 12.00 tengahari di pejabat:

Bahagian Perolehan, Tingkat 3 PERBADANAN PEMBANGUNAN

PULAU PINANG Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu No. 1, Persiaran Mahsuri,

Bandar Bayan Baru 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

"Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta".

Kontraktor atau wakil kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakan sosial oleh KKM dan MKN.