Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd - Services Of Water Treatment Chemicals


Tender adalah dipelawa daripada pembekal dengan pendaftaran masing-masing yang masih laku selama 90 hari dari tarikh tutup Tender bagi pembekalan berikut:


 

Bil No. Tender

1.TENDER/ CA/30/21


 

Tajuk Tender

PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN BAHAN KIMIA PENGRAWATAN AIR (HYDRATED LIME) UNTUK PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN. BHD. BAGI TEMPOH 24 BULAN (RE-CALL)


 

Bil No. Tender

2 TENDER/ CA/31/21


Tajuk Tender

PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN BAHAN KIMIA PENGRAWATAN AIR (POLYELECTROLYTE (polyDADMAC) UNTUK PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN. BHD. BAGI TEMPOH 24 BULAN

 


Bidang Pendaftaran & Syarat Kelayakan

 

• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Maklumat Perniagaan/ Korporat dan

 

• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Maklumat Perniagaan/ Korporat dan

 

• SIRIM/IKRAM dan

 

• Sijil Halal (dikeluarkan oleh JAKIM dan Agensi yang diiktiraf) dan

 

• Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)(Kelulusan Produk)


Harga & Tarikh Dokumen Tender Dijual (RM)

100.00 (Dari 01/06/2021 hingga 10/06/2021)


Tarikh Tutup (Sebelum Jam 12.00 Tengah Hari)

23/06/2021 (Rabu)


 

Naskah Meja Tender akan dipamerkan mulai 27/05/2021 pada waktu pejabat (9.00am-4.00pm) di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd, L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, Komtar, Pulau Pinang.

 

Dokumen Tender akan mula dijual 01/06/2021 sehingga 10/06/2021 pada waktu pejabat di (9.00am-3.30pm) di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd, L4,ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang.

 

Harga setiap naskah lengkap Dokumen Tender adalah seperti tertera di atas dan bayaran harus dibuat dalam bentuk wang tunai atau bank deraf atas nama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn.Bhd. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil kontraktor yang sah. Untuk maksud ini wakil kontraktor hendaklah hadir dengan membawa salinan ASAL Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), SIRIM/IKRAM, Sijil HALAL dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN) dengan masing-masing satu salinan fotostatnya untuk simpanan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn.Bhd

 

Dokumen Tender hendaklah dihantar melalui sampul surat yang dimeteri dan ditandakan dengan tajuk Tender di sudut sebelah kiri dan dialamatkan kepada:-

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN.BHD.

L4, ICT PHASE 1B, LEVEL 4,

KOMPLEKS TUN ABDUL RAZAK, JALAN PENANG.

10000 PULAU PINANG.

 

dan dimasukkan ke dalam peti Tender di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF