Asklegal

Tender | Services Tender | Renovation

Perbadanan Muzium Negeri Pahang - Building Upgrade Works


Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (LPIPM/CIDB) dan PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PLL) dalam Gred dan kelas pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:


 

 

BIL

1.


 

TAJUK

CADANGAN PROJEK MENAIKTARAF BANGUNAN MUZIUM SENI PAHANG, KOMPLEKS MUZIUM DIRAJA SULTAN HAJI AHAMD SHAH DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN MASJID, MUKIM KUALA KUANTAN, DAERAH KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

 

NO. TENDER: (01 / 2021)

 


 

 

HARGA DOKUMEN TENDER

RM250.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)

 


 

SYARAT PENDAFTARAN

CIDB GRED: G4

 

KATEGORI: B 

 

PENGKHUSUSAN:  B04 & B28


 

TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL

 

PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG, JALAN SULTAN AHMAD, 26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR

 

TARIKH BELI DOKUMEN MULAI: 30 APRIL 2021 (JUMAAT)


 

TEMPAT DAN TARIKH LAWATAN TAPAK

LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN

TEMPAT  BERKUMPUL:

MUZIUM DIRAJA SULTAN HAJI AHMAD SHAH JALAN MASJID, KUANTAN

 

TARIKH:

28/04/2021

(RABU)

 

MASA: 9.00 PAGI


 

TARIKH TENDER DITUTUP

 

18 MEI 2021 (SELASA)  

 

SEBELUM 12:00 TENGAHARI


 

Dokumen tender berharga seperti di atas boleh dibeli pada waktu pejabat mulai 30 April 2021 (Jumaat) di PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG, JALAN SULTAN AHMAD, 26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR dengan menggunakan bayaran Wang Tunai, Draf Bank atau Kiriman wang sahaja di atas nama PENGURUS BESAR, PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG dan bayaran ini tidak akan dikembalikan.

Petender-petender yang nama tercatat di dalam Sijil Pendaftaran CIDB dan PKK sahaja yang boleh membeli dokumen tender tersebut serta dikehendaki membawa Kad Pengenalan diri, Cop Syarikat, Sijil ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN CIDB, SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK), SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB) dan satu SALINAN sijil-sijil berkenaan.

Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan dimeteri serta ditulis Tajuk Tender di sudut atas sebelah kiri sampul. Dokumen tender tersebut hendaklah dimasukkan di dalam Peti Tender pada atau sebelum tarikh tutup tender di alamat: PENGURUS BESAR, PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG, JALAN SULTAN AHMAD, 26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

Tarikh tutup tender adalah pada 18 Mei 2021 (Selasa) jam 12:00 tengah hari. Dokumen Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan.

Pihak PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau manamana tawaran serta tidak bertanggungjawab di atas apa jua perbelanjaan yang terlibat oleh kontraktor/petender untuk mengemukakan tender ini. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi En. Shahrul Naim bin Shaharom di talian 09-422 1371.