Asklegal

Tender | Supply Tender | Construction Tender | Installation Tender | Services

TARC - PROPOSAL TO ESTABLISH A 7 LEVEL ACTIVITY AND RECREATION CENTER


  1. Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi Kerja Kontrak Utama dan kerja-kerja Sub-Kontrak Dinamakan seperti jadual di bawah:

Tajuk Tawaran

CADANGAN MENDIRIKAN PUSAT AKTIVITI DAN REKREASI 7 TINGKAT YANG MENGANDUNGI:

A. KEMUDAHAN AKTIVITI DAN REKREASI PELAJAR

B. PUSAT INOVASI SME & SMI

C. TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT BERSERTA RUANG MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

D. PADANG BOLA SEPAK BERSERTA KEMUDAHAN BERKAITAN

E. 2 UNIT GELANGGANG FUTSAL

F. 1 UNIT PUSAT PEMUNGUTAN SISA PEPEJAL

G. 2 UNIT PONDOK PENGAWAL

DI ATAS SEBAHAGIAN LOT PT 2890, JALAN GENTING KELANG, MUKIM SETAPAK, BANDARAYA KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN UNTUK TETUAN TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE


 

Tawaran Pakej               

Tajuk Tawaran Pakej       PAKEJ 1

MEMBINA DAN MENYIAPKAN KERJA TANAH, KERJA CERUCUK INFRASTRUKTUR DAN KERJA-KERJA BERKENAAN


 

Tajuk Tawaran Pakej       PAKEJ 2

KERJA-KERJA MEMBEKAL, MEMASANG MENGUJI, MENGUJITERIMA, SERTA PENYELENGGARAAN UNTUK SISTEM ELEKTRIK DAN PENGALIHAN LOKASI PENCAWANG ELEKTRIK SEDIADA


 

Kelayakan Petender PAKEJ 1

i. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB Gred G7, Kategori B04, B05, CE01, CE06, CE10, CE20, CE36

ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB


 

Kelayakan Petender PAKEJ 2

i.Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB  Gred G7, Kategori B04, E04, E05, E07, E08, E16, E17, E18, ST, Class A

ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB


 

Harga Dokumen PAKEJ 1

Bayaran sebanyak RM 1,500.00 akan Bayaran sebanyak RM 500.00 akan dikenakan sebagai bayaran Dokumen Tender semasa pengambilan Dokumen

Tender dan tidak akan dikembalikan.

Bayaran sebanyak RM 15,600.00 akan dikenakan sebagai Tender Sekuriti, dan  akan dipulangkan semula kepada Kontraktor yang tidak berjaya dan telah mematuhi semua syarat – syarat Membuat Tender. Tender sekuriti harus diserahkan Bersama dengan penyerahan dokumen tawaran pada Tarikh tutup tawaran.

Kedua-dua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank atau Cek Jurubank atau Wang Kiriman Pos di atas nama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.


 

Harga Dokumen PAKEJ 2

Bayaran sebanyak RM 500.00 akan Bayaran sebanyak RM 500.00 akan dikenakan sebagai bayaran Dokumen Tender semasa pengambilan Dokumen

Tender dan tidak akan dikembalikan.

Bayaran sebanyak RM 4,000.00 akan dikenakan sebagai Tender Sekuriti, dan akan  dipulangkan semula kepada Kontraktor yang tidak berjaya dan telah mematuhi semua syarat – syarat Membuat Tender. Tender sekuriti harus diserahkan Bersama dengan penyerahan dokumen tawaran pada Tarikh tutup tawaran.

Kedua-dua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank atau Cek Jurubank atau Wang Kiriman Pos di atas nama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.


 

Tarikh Jualan Dokumen   PAKEJ 1

26th April 2021 - 10th May 2021


Tarikh Jualan Dokumen   PAKEJ 2

26th April 2021 - 10th May 2021


 

Tarikh Tutup Tawaran PAKEJ 1

17th May 2021


 

Tarikh Tutup Tawaran PAKEJ 2

17th May 2021


 

 

2. Naskah Meja Tawaran boleh diperiksa dan Dokumen Tender boleh didapati daripada: -

Pakej 1:

ELP Quantity Surveryors Sdn Bhd, C-2-9 Seri Gembira Avenue, No.6 Jalan Senang Ria, Taman Gembira, 58200 Kuala Lumpur (Tel: 03-7988 0368) semasa waktu pejabat iaitu hari Isnin hingga Jumaat (9.00 pg - 6.00 ptg).

 

Pakej 2: KWA Consult Sdn Bhd, 73-2, Block G, Zenith Corporate Park, SS/7/26 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (Tel: 03-7887 6618) semasa waktu pejabat iaitu hari Isnin hingga Jumaat (10.00 pg - 5.00 ptg).

 

3. Dokumen tawaran hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor yang sah sahaja. Wakil-wakil Kontraktor perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan CIDB untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil Dokumen Tender serta satu salinan sijil-sijil tersebut yang telah disahkan untuk tujuan rekod dan simpanan pihak Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.

 

4. Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan:

Untuk Pakej 1

"SULIT - MEMBINA DAN MENYIAPKAN KERJA TANAH. KERJA CERUCUK, INFRASTRUKTUR DAN KERJA-KERJA BERKENAAN UNTUK CADANGAN MENDIRIKAN PUSAT AKTIVITI DAN REKREASI 7 TINGKAT"

Untuk Pakej 2

"SULIT - KERJA-KERJA MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI, MENGUJITERIMA, SERTA PENYELENGGARAAN UNTUK SISTEM ELEKTRIK DAN PENGALIHAN LOKASI PENCAWANG ELEKTRIK SEDIADA UNTUK CADANGAN MENDIRIKAN PUSAT AKTIVITI DAN REKREASI 7 TINGKAT"

 

Dokumen tawaran dikembalikan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Bursary Level 2 (Room AA203), Bangunan Tun Tan Siew Sin, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tawaran.

 

5. Dokumen tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tawaran seperti dinyatakan di atas akan ditolak dan tidak akan diterima atau dipertimbangkan.

 

6. Pihak Kolej tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Semua perbelanjaan yang terlibat dengan tender ini adalah tanggungjawab pentender.