Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Services

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Managed Internet Protocol Virtual Private Network (IP VPN)


  1. Kenyataan Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut:-

 


TAJUK

Membekal, Memasang, Mengkonfigurasi Dan Mentauliah Managed Internet Protocol Virtual Private Network (IP VPN)


KELAYAKAN KKM: 210105


Harga Dokumen : RM50.00 senaskah


Tarikh Tutup: 17.5.2021 (Isnin), jam 12.00 tengahari


 

 

2. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender yang terletak di Ruang Legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4 KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my.