Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Rental & Repair Works


 

 

1. Kenyataan Pelan Cadangan Request For Proposal (RFP) adalah dipelawa daripada syarikat/ kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang berkelayakan serta dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut:

 


PERKARA

CADANGAN PENYEWAAN DAN MEMBAIKPULIH PREMIS MBPP NO. 126 & 128 (TINGKAT BAWAH), LEBUH ARMENIAN, PULAU PINANG YANG TERLETAK DI ATAS LOT 376 DAN 1263, SEKSYEN 18, BANDAR GEORGE TOWN, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG


KELAYAKAN

Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan  (ROS)


Sesi Penjelasan: Secara Atas Talian (Video Conference) - Wajib Masa Penjelasan : 26.4.2021 (Isnin), jam 10.00 pagi (Pendaftaran : jam 09.30 pagi - 10.00 pagi)

 

Yang berminat menghadiri taklimat, sila hubungi atau email (seperti di bawah) untuk mendapatkan pautan Video

Conference: Nama : Puan Salliza Binti Salleh

No. Tel : 04-259 2105

Email : salliza@mbpp.gov.my (8.00 pagi hingga 4.30 petang sahaja)

 

Lawatan Tapak: Tidak diwajibkan


Harga Dokumen : RM50.00 senaskah


Tarikh Tutup: 10.5.2021 (Isnin), jam 12.00 tengahari


2. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masingmasing sebagai pengesahan pembelian.

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender yang terletak di Ruang Legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4 KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my.