Asklegal

Tender | Services

Pertubuhan Keselamatan Sosial - SOCSO Education Loan Debt Collection Agent Services


Tawaran tender adalah dipelawa daripada petender-petender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mempunyai kelayakan berkaitan bagi perkara berikut:


 

BIL 1


 

TAJUK TENDER

Tender Perkhidmatan Ejen Kutipan Hutang Pinjaman Pendidikan PERKESO


 

 

RUJUKAN TENDER

T/PKS/7/2021 (M)


 

 

KELAYAKAN

i. Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Di Bawah Kod Bidang 221105

 


 

TARIKH TAKLIMAT TENDER

Tiada


 

HARGA DOKUMEN

RM100.00

Tarikh beli Dokumen Tender pada 16/04/2021 sehingga 30/04/2021

Tarikh tutup tender pada

07/05/2021


 

 

Dokumen Meja Tender dipamerkan di Bahagian Perolehan, Tingkat 11, Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur. Dokumen Tender boleh dibeli mulai pada tarikh yang dinyatakan di atas pada waktu pejabat dengan menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Draf Bank atas nama Ketua Eksekutif PERKESO dengan nilai seperti yang tercatat di atas dan tidak akan dikembalikan. Bayaran secara tunai atau cek persendirian tidak akan diterima. Dokumen boleh diperolehi di Bahagian Perolehan, Tingkat 11, Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur. Bagi tujuan pembelian dokumen tender, tuan/puan dikehendaki membawa dokumen seperti yang dinyatakan di atas (asal dan salinan) yang masih dalam tempoh sah laku bagi kelayakan yang ditetapkan. Sila bawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh penama yang diberi kuasa, jika penama tidak dapat hadir. Dokumen tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri nombor rujukan tender dan diserahkan tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada tarikh yang dinyatakan di atas ke alamat berikut:

 

Ketua Eksekutif

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Bahagian Perolehan, Tingkat 11, Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur

 

Dokumen tawaran tidak akan diterima selepas jam/tarikh tutup tender. PERKESO tidak terikat untuk menerima manamana tawaran tender yang terendah serta tidak bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan tender

dan keputusan adalah muktamad.