Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd - Services Of Hardware/Installation For PBAPP Water Network Optimization Phase III


Tender adalah di pelawa daripada Kontraktor-Kontraktor dengan pendaftaran masing-masing yang masih sah laku selama 90 hari dari tarikh tutup tender bagi kerja-kerja berikut:-


 

Bil.

3


No. Kontrak

IT/13/21

 


Tajuk Tender

TENDER/ SUPPLY, DELIVERY, SETUP AND INSTALLATION OF HARDWARE / SOFTWARE FOR PBAPP WATER NETWORK OPTIMIZATION PHASE III

 


Pendaftaran/ Kelas / Tajuk SSM/BEM/KKM/CIDB/SPAN

 

• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Maklumat Perniagaan /Korporat dan

• Kementerian Kewangan Malaysia 210102,210103 dan 210105

 


 

Tarikh & Masa Lawatan Tapak

 

16/04/2021 (Jumaat) Jam 10.00 pagi Pos Kawalan Sungai Dua Water Treatment Plant, Jalan Merbau Kudung 13800 Sungai Dua, Pulau Pinang


 

Harga & Tarikh Dokumen Tender Dijual (RM)

100.00 (Dari 16/04/2021 hingga 23/04/2021)

 


Tarikh Tutup (Sebelum Jam 12.00 Tengah Hari)

 

05/05/2021 (Rabu)

 


Naskah Dokumen Tender akan dipamerkan mulai selepas dari hari lawatan tapak masing-masing di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.

 

Lawatan tapak bagi Tender-Tender adalah mengikut tarikh yang ditetapkan seperti diatas. Kontraktor yang mempunyai lesen seperti di atas dan berminat hendaklah berkumpul di tempat tersebut di atas. Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Kontraktor yang tidak hadir ke lawatan tapak tidak dibenarkan membeli Dokumen Tender.

 

Penjualan Dokumen Tender akan dijual mengikut ketetapan di atas pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 4.00 petang) di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang. Bayaran harus dibuat dalam bentuk wang tunai atau bank deraf atas nama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil Kontraktor yang sah. Untuk maksud ini wakil Kontaktor bagi Tender ini hendaklah menghadiri dan membawa Surat Asal dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan serta satu salinan fotostatnya untuk simpanan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.

 

Dokumen Tender hendaklah dihantar melalui sampul surat yang dimeteri dan ditandakan dengan tajuk tender di sudut sebelah kiri dan dialamatkan kepada:-

 

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN. BHD.

L4, ICT, FASA 1B, TINGKAT 4, KOMTAR

10000 PULAU PINANG

 

 

dan dimasukkan ke dalam peti Tender di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang sebelum 12.00 tengah hari.

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF