Asklegal

Tender | Supply Tender | Maintenance Tender | Services

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd - VFD, Motor Services & Maintenance Related


Tender adalah di pelawa daripada Kontraktor-Kontraktor dengan pendaftaran masing-masing yang masih sah laku selama 90 hari dari tarikh tutup tender bagi kerja-kerja berikut:-


Bil.

1


No. Kontrak

TENDER/ FA/11/21

 


Tajuk Tender

PROPOSED SUPPLY, INSTALL, TESTING & COMMISSIONING 110KW VARIABLE FREQUENCY DRIVE (VFD), SERVICING MOTOR NO.1 & NO.2 AND ASSOCIATED WORKS AT EDEN

MASTER PUMP HOUSE, BATU FERINGGHI, DTL, PENANG


Pendaftaran/ Kelas / Tajuk SSM/BEM/KKM/CIDB/SPAN

 

• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Maklumat Perniagaan /Korporat dan

• Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kelas permit IPA jenis C3 dan

• Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) gred G2 atau G3 kategori E04 dan E11.


Tarikh & Masa Lawatan Tapak

 

15/04/2021 (Khamis)

 

Jam 10.00 Pagi di Petronas Batu Feringghi, Daerah  Timur Laut, Pulau Pinang.


Harga & Tarikh Dokumen Tender Dijual (RM)

100.00 (Dari 15/04/2021 hingga 22/04/2021)


 

Tarikh Tutup (Sebelum Jam 12.00 Tengah Hari)

 

28/04/2021 (Rabu)


 

Bil.

2


No. Kontrak

TENDER/ FA/12/21


 

Tajuk Tender

PROPOSED MAINTENANCE CONTRACT FOR FIRE FIGHTING SYSTEM AT PBAPP'S INSTALLATIONS


 

Pendaftaran/ Kelas / Tajuk SSM/BEM/KKM/CIDB/SPAN

 

• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Maklumat Perniagaan /Korporat dan

• Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 atau G3 kategori M02


Tarikh & Masa Lawatan Tapak

 

15/04/2021 (Khamis) Jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat   Tingkat 3, Pejabat Jabatan Fasiliti, Taman Selat, Butterworth, Pulau Pinang.


Harga & Tarikh Dokumen Tender Dijual (RM)

100.00 (Dari 15/04/2021 hingga 22/04/2021)


Tarikh Tutup (Sebelum Jam 12.00 Tengah Hari)

28/04/2021 (Rabu)

 


 

Naskah Dokumen Tender akan dipamerkan mulai selepas dari hari lawatan tapak masing-masing di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.

 

Lawatan tapak bagi Tender-Tender adalah mengikut tarikh yang ditetapkan seperti diatas. Kontraktor yang mempunyai lesen seperti di atas dan berminat hendaklah berkumpul di tempat tersebut di atas. Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Kontraktor yang tidak hadir ke lawatan tapak tidak dibenarkan membeli Dokumen Tender.

 

Penjualan Dokumen Tender akan dijual mengikut ketetapan di atas pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 4.00 petang) di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang. Bayaran harus dibuat dalam bentuk wang tunai atau bank deraf atas nama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil Kontraktor yang sah. Untuk maksud ini wakil Kontaktor bagi Tender ini hendaklah menghadiri dan membawa Surat Asal dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan serta satu salinan fotostatnya untuk simpanan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.

 

Dokumen Tender hendaklah dihantar melalui sampul surat yang dimeteri dan ditandakan dengan tajuk tender di sudut sebelah kiri dan dialamatkan kepada:-

 

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN. BHD.

L4, ICT, FASA 1B, TINGKAT 4, KOMTAR

10000 PULAU PINANG

 

 

dan dimasukkan ke dalam peti Tender di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang sebelum 12.00 tengah hari.

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF