Tender | Construction
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor - Infrastructure & Construction Related Works
Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:
BUTIR-BUTIR TAWARAN
Tajuk Projek
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBAHAGIAN KERJA TANAH, KERJA-KERJA INFRASTRUKTUR, RUMAH PAM PEMBETUNGAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI SEKSYEN 6A ANTARA GAPI, BANDAR SUNGAI CHIK, DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN
No. Kontrak
PKNS/WT/AG-KT/KON-03/2021
SYARAT PENDAFTARAN
CIDB: Gred G7
Kategori CE
Pengkhususan CE21
TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL
Bahagian Perolehan
Tingkat 3, Kompleks
PKNS Shah Alam,
Persiaran Tasik,
Shah Alam.
Pada: 06 APRIL 2021 HINGGA 20 APRIL 2021
Jam: 9.00 Pagi - 4.00 Petang
TARIKH TENDER DITUTUP
27 APRIL 2021
Jam 12.00 Tengahari
1. Keutamaan diberikan sekiranya petender / syarikat memiliki pensijilan dan pengalaman kerja seperti yang disenaraikan di bawah:
i) Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015)
ii) Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MS ISO 45001:2018)
iii) Sistem Pengurusan Alam Sekitar (MS ISO 14001:2015) (Salinan sijil atau apa jua bukti hendaklah dikemukakan bersama dokumen tender / tawaran)
2.LAWATAN TAPAK akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 05 April 2021 (Isnin)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Galeri Jualan Antara Gapi, Tingkat 1, No 5 & 7, Jalan Gapi1A, Seksyen 1, Antara Gapi, 48200 Serendah, Hulu Selangor
Koordinat Lokasi: 3025'19.3"N 101°37'42.3"E
Kehadiran ke lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan hanya kontraktor yang hadir sahaja layak membeli tender.
** Wakil Syarikat perlulah dari kalangan yang berkelayakan seperti Pengurus Projek, Jurutera, Juruukur Bahan dan Yang Berkenaan.
3.Bayaran Dokumen Tawaran adalah RM900.00 dan boleh dibuat dalam bentuk Tunai, Draf Bank atau Kiriman Wang di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (bayaran ini tidak akan dikembalikan).
4.Naskah Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada waktu pejabat bermula 06 APRIL 2021.
5.Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada Syarikat atau wakil yang sah sahaja. Sekiranya pihak Syarikat ingin menghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa. Syarikat dikehendaki membawa SURAT PERWAKILAN KUASA, DOKUMEN ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DARI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), SIJIL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA (PKK) serta WAJIB membawa SATU SALINAN bagi setiap Sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen tender.
6. Petender dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Senarai Semak dan Perakuan Tender di dalam Dokumen Tender dan memahami kehendak Dokumen Tender sebelum mengemukakan Dokumen Tender.
7.Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dimasukkan ke dalam peti Tender di alamat:
BAHAGIAN PEROLEHAN
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM, PERSIARAN TASIK,
40505 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
No. Tel: 03-5525 0300
http://etender.pkns.gov.my
8. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran lain.