Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

Pusat Perubatan Universiti Malaya - Surgical Face Mask Dan Respirator Mask N95 & Disposable Non Sterile Latex Examination Glove Powder Free



BIL.

1


PERKARA

Tawaran Bagi Membekal Bekalan Surgical Face Mask Dan Respirator Mask N95 Rujukan Tawaran : T/1120/3/2021(3)


SYARAT UTAMA

Taraf TERBUKA

Bidang : 050301

Harga : RM250.00 (WANG POS/KIRIMAN

Dokumen WANG/BANK DRAF)


BIL.

2


PERKARA

Tawaran Bagi Membekal Bekalan Disposable Non Sterile Latex Examination Glove Powder Free

Rujukan Tawaran : T/1120/3/2021(4)


SYARAT UTAMA

Taraf TERBUKA

Bidang : 050301

Harga : RM200.00 (WANG POS/KIRIMAN

Dokumen WANG/BANK DRAF)


 


SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI:

1. Petender yang hendak menyertai tawaran ini DIWAJIBKAN untuk mendaftar buat kali pertama di dalam sistem iPerolehan PPUM terlebih dahulu dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00 dalam bentuk Kiriman Wang atau Bank Draf atau Wang Pos atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tidak akan dikembalikan. Sila ke kaunter Jabatan Perolehan bagi urusan tersebut.

2. Dokumen tawaran yang telah dibeli akan dihantar melalui emel petender yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM.

3. Petender adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan nombor pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi membeli dokumen tawaran

Bil.1 dan Bil.2.

4. Petender adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan nombor pendaftaran dengan Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih sah tempoh laku/berkuatkuasa bagi membeli dokumen tawaran Bil.3.

5. Syarikat boleh melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan yang dinyatakan dalam dokumen tawaran Bil.3 pada 24 dan 25 Mac 2021. Amalan penjarakan, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian face mask adalah perlu diteruskan.

6. Sebarang pertanyaan tentang tawaran Bil.3, sila hubungi Mohd Hafiz bin Amin di alamat e-mel : mhafiz@ummc.edu.my atau Anita binti Adam di alamat e-mel anitaadam@ummc.edu.my atau di talian 03-79493729/2208.

7. Dokumen tawaran akan dijual mulai hari Isnin, 22 Mac 2021 dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Jabatan Perolehan dengan harga seperti dinyatakan dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tidak akan dikembalikan.

8. Tawaran Bil.1 dan Bil.2 hendaklah dilengkapkan secara atas talian (Online) dan dihantar sebelum atau pada hari Isnin, 12 April 2021 sebelum jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan.

9. Tawaran Bil.3 hendaklah dilengkapkan secara atas talian (Online) dan dihantar sebelum atau pada hari Jumaat, 16 April 2021 sebelum jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan.

10. Sampel bagi tawaran yang berkaitan (jika ada) hendaklah diserahkan di kaunter Jabatan Perolehan sebelum tarikh tutup jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan. Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan penyertaan tawaran tidak akan dipertimbangkan.