Asklegal

Tender | Construction

PKNS - Surau Construction


 

Tender adalah dipelawa kepada kontraktor kontraktor Bumiputera yang mempunyai Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan industri pembinaan 4.1 CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja kerja berikut :-


 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

Tajuk Projek

Penyiapan Baki Kerja-Kerja Membina 1 Unit Surau Dua Tingkat Dan 1 Unit Tadika Satu Tingkat Di Alam Nusantara, Presint 10, Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam, Selangor,

 

No. Kontrak

PKNS/SA/PY/KON 1/2018(TS)


SYARAT PENDAFTARAN

 

CIDB: Gred G5  

 

Kategori B & CE

 

Pengkhususan

B04 & CE21


TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL

 

Bahagian Perolehan,tingkat 3, Kompleks PKNS,Shah Alam Persiaran Tasik,Shah Alam

 

Pada: 24 MAC 2021 (RABU) HINGGA 7 APRIL 2021 (RABU)

Jam: 9.00 Pagi – 4.00 Petang


TARIKH TENDER DITUTUP

 

14 APRIL 2021 (RABU)  jam 12.00 tengah hari

 


 

 

1. Keutamaan diberikan sekiranya petender/syarikat memiliki pensijilan dan pengalaman kerja seperti yang disenaraikan di bawah:

 

  1. Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015)
  2. Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MS 45001 : 2018) iii) Pengurusan Alam Sekitar (MS ISO 14001:2015)

(Salinan sijil atau apa jua bukti hendaklah dikemukakan bersama dokumentends/tawaran)

 

2. LAWATAN TAPAK akan diadakan pada 23 MAC 2021 (SELASA) jam 10.00 PAGI. Tempat berkumpul adalah di Tapak Projek Presint 10, Seksyen U13, Setia Alam, Selangor Darul Ehsan badiran adalah DIWAJIBKAN, hanya kontraktor yang hadir sahaja layak membeli tender. **Wakil Syarikat perlulah dari kalangan yang berkelayakan seperti Pengurus Projek, Jurutera, Juru ukur Bahan dan Yang Berkenaan.

 

3. Bayaran Dokumen Tawaran adalah RM1,600.00 dan boleh dibuat dalam bentuk Tunai, Draf Bank atau Kiriman wang di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (bayaran ini tidak akan dikembalikan)

 

4 Naskhah Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada waktu pejabat bermula 24 MAC 2021.

 

5. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada Syarikat atau wakil yang sah sahaja. Sekiranya pihak Syarikat ingin menghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa. Syarikat dikehendaki membawa SURAT PERWAKILAN KUASA, DOKUMEN ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DARI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), SUIL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA (PKK) serta WAJIB membawa SATU SALINAN bagi setiap Sijil-sijil tersebut semasa membeli Dokumen Tender.

 

6. Petender dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Senarai Semak dan Perakuan Tender di dalam Dokumen Tender dan memahami kehendak Dokumen Tender sebelum mengemukakan Dokumen Tender

 

7. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dimasukkan ke dalam peti Tender di alamat :

 

BAHAGIAN PEROLEHAN, PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR,

TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM, PERSIARAN TASIK, 40505 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel: 03-5525 0300 http://etender.pkns.gov.my

 

8. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran lain.