Tender | Construction Tender | Services
Pengurusan Air Pahang Berhad - Building And Completing A Water Treatment Plant
PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD(200801004468)
Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan Tel: 09-5712 222 Faks: 09-5712 221
Emel: ceo@paip.com.my
Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang seperti di bawah untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut:-
No. Rujukan
S/PAIP/ DMT/002/2021
Butir-Butir Pelawaan
PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI KERJA-KERJA UKUR DENGAN KAEDAH LIGHT DETECTION AND RANGING (LIDAR) DAN KERJA - KERJA UKUR HIDROGRAFIK UNTUK PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN LOJI RAWATAN AIR SEMAMBU FASA 3 BERKAPASITI 145.0 JLH DI DAERAH KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
Kod Bidang
Kementerian Kewangan 330203 (Ukur Tanah)
Tarikh Dokumen Mula Di Jual
22/03/2021 hingga 05/04/2021
Tarikh Dan Tempat Melapor Diri Untuk Lawatan Tapak
TIADA SESI LAWATAN - TAPAK DIADAKAN
Tarikh Tutup (12.00 tgh)
19/04/2021 (Isnin)
Syarat Utama Pelawaan
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan berdaftar di bawah kod bidang yang ditetapkan;dan
Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah
Syarat-syarat, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan dan boleh didapatkan daripada kaunter Bahagian Perolehan, Tingkat 1, Pengurusan Air Pahang Berhad, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur bermula pada 22/03/2021 hingga 05/04/2021. Dokumen Pelawaan adalah dijual dengan kadar RM150.00 bagi setiap satu (1) set. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang/wang pos di atas nama Pengurusan Air Pahang Berhad.
Tempat serahan dokumen adalah di alamat yang sama.
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah di masukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan "Cadangan Teknikal" dan "Cadangan Kos" di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Air Pahang Berhad.
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Perolehan seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 19/04/2021. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.