Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Teknologi Mara - Services For (WIFI)


Tawaran ini adalah dipelawa daripada kalangan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan seperti berikut :


BUTIR-BUTIR TAWARAN.

No. Tender: UiTM/R1/PER/T/B/0321/0002

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujilari Dan Menyelenggara Bagi Menaiktaraf Sistem Rangkaian Tanpa Wayar (WIFI) Di Kolej Kediaman UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau

 

Kod Bidang (Wajib) : 210102,210105,210101

Kod Bidang (Pilihan) :

 


 

TARIKH DAN MASA TAWARAN DITUTUP

15 April 2021 (Khamis) jam 12:00 petang

 


 

1. Tawaran ini dibuat secara atas talian (online) melalui laman web FinEProcurement Plus Universiti (https://myfinancial.uitm.edu.my/ mulai 18/03/2021.

 

2. Syarikat yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri Taklimat pada 25 Mac 2021 (Khamis) jam 10:00 pagi,di Dewan Kuliah 5,Bangunan HEP, UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau DAN lawatan tapak pada 25 Mac 2021 (Khamis) jam 11:00 pagi, di UiTM Perlis. Hanya Petender yang menghadiri Taklimat Lawatan Tapak sahaja yang dibenarkan menyertai tawaran ini. Kontraktor yang TIBA LEWAT dari masa yang telah ditetapkan untuk sesi Taklimat / Lawatan Tapak akan dikenakan tindakan seperti berikut:

i. Tidak dibenarkan menyertai Taklimat / Lawatan Tapak

ii. Tidak akan diberikan Borang Pengesahan Lawatan Tapak yang telah ditandatangani oleh Pegawai Jabatan ini

iii. Tidak dibenarkan menyertai Tawaran Tender yang dibuka ini dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan

 

3. Hanya penama di Sijil Åkuan Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) sahaja yang boleh menghadiri Taklimat Lawatan Tapak tender. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam sijil yang dinyatakan

 

4. Petender dikehendaki membawa SALINAN Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Sijil Bumiputera (jika ada) semasa menghadiri Taklimat Lawatan Tapak.

 

5. Tawaran yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam system FinEProcurement plus pada atau sebelum 15 April 2021 (Khamis) lam 12:00 petang. Tawaran yang tidak dikunci masuk (key-in) sebelum waktu tutup tawaran TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

 

6. Dokumen sokongan secara manual hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke Peti Tender di Pejabat Bendahari, Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset, Unit Panggilan Tender & Sebutharga, Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam, Selangor seperti tarikh dan masa dinyatakan. Nombor ID hendaklah ditulis dengan terang dan jelas di bahagian atas sebelah kiri sampul tersebut.

 

7. Syarikat yang berminat hendaklah berdaftar di system FinEProcurement plus dan bayaran sebanyak RM400.00 akan dikenakan bagi tempoh pendaftaran selama dua (2) tahun. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Tunai/ Deraf Bank atas nama BENDAHARI UITM.