Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Lembaga Air Perak - Repairing Water Treatment Plants


1. Kontraktor/Pembekal/Pengilang yang Syarikatnya dimiliki 100% oleh rakyat tempatan (Warganegara Malaysia) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini adalah dipelawa untuk mengambil bahagian di dalam tawaran berikut :-

 

A. MEMBAIKPULIH LOJI RAWATAN AIR BUKIT TEMOH, DAERAH BATANG PADANG,PERAK DARUL RIDZUAN

 

  1. Taraf Tender Terbuka
  2. Kelayakan Pentender Mempunyal:

• Pengalaman dalam melaksanakan kerja membaikpulih Loji Rawatan Air 

• Permit Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) C1 atau C2 (Sistem Bekalan Air) Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred G6 atau G7 Kategori CE Pengkhususan CE20,CE21 dan Kategori ME Pengkhususan M15

• Sijil Perolehan Kerja kerajaan (CIDB)

 

ii. Lawatan Tapak Lawatan Tapak adalah diwajibkan dan diadakan pada 11.03.2021. Kontraktor yang berminat hendaklah bekumpul di Pejabat Lembaga Air Perak. Wilayah Selatan, Jalan Pahang. 35000 Tapah. Perak Darul Ridzuan. Koordinat: 4.205539 101.263696 pada jam 10.00 pagi. Pihak Kontraktor diingatkan untuk menaiki kenderaan pacuan 4 Roda (4WD) untuk sesi lawatan tapak. Dokumen akan dijual kepada kontraktor yang menyertai lawatan tapak sahaja. Hanya penama yang ditauliahkan di dalam pendaftaran sllll/perakuan sahala yang dibenarkan menghadiri lawatan/taklimat tender.

 iv. Bayaran Dokumen RM500.00 senaskah/bagi setiap satu tender (LAP tidak menerima bayaran yang dibuat dengan cek)

V. Lokasi Pembelian Dokumen Ibu Pejabat, Lembaga Air Perak, Jalan St. John, Ipoh

 

vi. Tarikh Jual Dokumen Dari 11.03.2021 hingga 19.03.2021

vii. Tarikh Tutup Tender Pada 15.04.2021 tepat jam 12.00 tengahari

 

2.Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan di Unit Ukur Bahan Dan Kontrak, Ibu Pejabat Lembaga Air Perak, Jalan St. John, 30200 Ipoh, mulai 11.03.2021 hingga 19.03.2021. Dokumen Tender akan dijual kepada kontraktor atau wakil wakil yang sah sahaja. Untuk tujuan itu dokumen berikut hendaklah dikemukakan:

  • SIJI Asal Permit Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
  • SIJI Asal Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
  • Sijil Asal Perolehan Kerja kerajaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
  • Surat Wakil Pembelian Tender

 

3. Pihak Kontraktor diingatkan mengamalkan penjarakkan fizikal dan langkah-langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

4. Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup dan di alamatkan kepada Pengurus Besar, Lembaga Air Perak, Ipoh, dan dimasukkan ke dalam peti tender yang terletak di Unit Ukur Bahan Dan Kontrak, Tingkat 3, Kompleks Lembaga Air Perak, Jalan St. John, 30200 Ipoh tidak lewat dari masa yang ditetapkan.

5. Mana mana tender yang diterima selepas tarikh tutup yang ditetapkan di atas akan ditolak atau dikembalikan semula kepada pentender tanpa dibuka.

 

Pengurus Besar Lembaga Air Perak