Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Majlis Bandaraya Seremban - Services For Photostat Machine


Tender adalah dipelawa daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan kerja-kerja seperti yang berikut:


 

 

NO TENDER TAJUK FAIL RUJUKAN

 

NO TENDER

T0003/21

FAIL RUJUKAN

MBS.T(S)101/T(06)/2020

TAJUK

PERKHIDMATAN MENYEWA, MEMBEKAL MENGHANTAR DAN MENYELENGGARA MESIN PENYALIN (FOTOSTAT) PELBAGAI FUNGSI BAGI KEGUNAAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN (MBS) UNTUK TEMPOH LIMA (5) TAHUN

 

Tender Yang Lewat Tidak akan Diterima


KELAYAKAN KONTRAKTOR/SYARIKAT

(TERBUKA)   221502


 

TARIKH/HARGA/TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

DARI TARIKH

24 Feb 2021 (Rabu)

HINGGA

16 Mac 2021 (Selasa)

HARGA DOKUMEN

RM 100.00

TEMPAT

JABATAN KEWANGAN WISMA

MBS, PERSIARAN FOREST

HEIGHTS 1 JALAN SEREMBAN

TAMPIN 70450 SEREMBAN

WAKTU URUSAN

Isnin - Khamis

08:00 pagi - 01:00 petang

02:00 petang-04:00 petang

Jumaat

08:00 pagi - 12:15 tengah hari


 

TARIKH & MASA TENDER DITUTUP

 

TARIKH 16 Mac 2021  (Selasa)

 

MASA

12:00 TENGAH HARI


 

2. Sekiranya petender tidak berdaftar dengan Majlis Bandaraya Seremban dikehendaki berdaftar terlebih dahulu dengan kadar yang ditetapkan. Pembayaran bagi pembelian dokumen hendaklah dibuat dalam bentuk Tunai/Deraf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama Majlis Bandaraya Seremban dan bayaran ini tidak akan dikembalikan. Dokumen Tender hanya dijual kepada syarikat atau wakilnya yang sah sahaja yang menunjukkan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia Asal berserta satu salinan sijil tersebut dan Surat Wakil (bagi bukan pemegang asal sijil).

3. Semua dokumen Tender mestilah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dan ditulis tajuk dan nombor Tender berkenaan di penjuru kiri dan dialamatkan kepada Datuk Bandar, WISMA MBS, PERSIARAN FOREST HEIGHTS 1, JALAN SEREMBAN-TAMPIN, 70450 SEREMBAN dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Wisma MBS

4. Majlis Bandaraya Seremban tidak terikat untuk menerima dokumen Tender yang terendah atau sebarang dokumen Tender. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen Tender yang tidak terdapat di dalam Peti Tender setelah Peti Tender dibuka.

5. Majlis Bandaraya Seremban berhak untuk membatalkan Tender syarikat yang terlibat dalam membuat pakatan harga dengan syarikat-syarikat lain atau apa-apa pakatan sepanjang proses Tender sehingga dokumen kontrak ditandatangani.

6. Tidak mempunyai sebarang tunggakan (Cukai Taksiran/ Kompaun/ Sewaan/ Semak Samun/ pelbagai tunggakan lain) dengan MBS. Sekiranya tunggakan ini dijelaskan sebelum atau dalam tempoh penjualan dokumen tender, kontraktor/pembekal layak untuk menyertai Tender ini.

7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

 

NOTIS JUGA BOLEH DILAYARI DI LAMAN WEB: www.mbs.gov.my