Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Putrajaya - Wetland Plant Management


(NO. TENDER : PPj/T/JR/27/2020)

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor / Syarikat Bumiputera yang yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas.

 

 

2. Maklumat Tender serta kelayakan asas Kontraktor adalah seperti berikut:

 


 

SYARAT MEMASUKI TENDER

Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (LPIPM)

 

Gred: G6

Kategori: CE

    Pengkhususan: CE 14 &

    Berdaftar dengan Pusat Khidmat , Kontraktor (PKK) untuk taraf    Bumiputera

 


 

TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK

 

Taklimat Dijalankan Secara Atas (Dalam Bentuk Slide) Pada 1 Mac 2021 di pautan berikut :

 

https://www.ppi. gov.my/mainmenu/tendersebut-harga

 

Lawatan Tapak Tidak Diwajibkan

 


 

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL

 

 

1 Mac 2021 (Isnin) Hingga

 

Taklimat Dijalankan Secara Atas Talian Slide) Pada 1 Mac 2021

 

 

12 Mac 2021  (Jumaat) 

 

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan Aras 1, Blok C, Jabatan Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana Presint 3, 62675 Putrajaya


 

HARGA DOKUMEN,BENTUK BAYARAN & BAYARAN ATAS NAMA

 

 

Ringgit Malaysia RM300.00   (Tidak Dikembalikan)

 

Tunai / Deraf  Bank   Perbadanan Putrajaya

 


 

TARIKH, WAKTU & TEMPAT TENDER DITUTUP

 

22 Mac 2021 (Isnin)   12.00 Tengahari

 

 

Bahagian Perolehan & Ukur

Bahan, Aras 1, Blok C, Jabatan Kewangan,

Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3,62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya

 


 

3. Kontraktor / Syarikat juga mesti memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut:

- Mempunyai pengalaman dan pernah menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan bernilai sekurang

kurangnya RM300,000.00 bagi satu (1) kontrak dalam tempoh 5 tahun terdahulu.

 

4.Kehadiran Kontraktor / Syarikat bagi taklimat dan lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Kontraktor / Syarikat yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkaitan tender berkenaan pada pautan Portal Perbadanan Putrajaya. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat tersebut pada waktu pejabat.

5.Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor / Syarikat yang sah sahaja di mana wakil-wakil Kontraktor / Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangan oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil Kontraktor / Syarikat juga hendaklah membawa dokumen/ dokumen asal dan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM), Sijil Perolehan Kerja kerajaan (SPKK) dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera (PKK). Salinan Sijil-sijil Pendaftaran PKK boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah PKK.

 

 

6. Tender ini akan ditutup pada 22 Mac 2021 bersamaan hari Isnin jam 12.00 tengahari. Dokumen tender yang dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam sampul berlakri serta bertanda dengan tajuk projek, hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas.

7.Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan Tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk Dokumen Tender tidak akan diterima. Bayaran dokumen tender tidak akan dikembalikan.


 

KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN PUTRAJAYA DI ALAMAT:

www.ppj.gov.my