Tender | Services
Universiti Utara Malaysia - various Field Facility Maintenance Service
1. Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-Kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut:
NO. RUJUKAN
UUM/BEN/ T385/2021
TAJUK TENDER
Perkhidmatan Penyenggaraan Kemudahan Padang Padang Permainan, Padang Golf 18 Lubang Sebagainya Di Kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman Bagi Tempoh Dua (2) Tahun
PENDAFTARAN
Kementerian Kewangan Malaysia
GRED/KATEGORI PENGKHUSUSAN
221002 dan 222104
HARGA SENASKAH DOKUMEN (RM)
RM 200.00 (tidak akan dikembalikan)
TAKLIMAT & LAWATAN ТАРАК
Tiada
TARIKH & MASA TENDER DIJUAL & TUTUP
Jualan Tender
24 Februari 2021 (Rabu) Hingga 14 Mac 2021 (Ahad)
Tender Tutup 17 Mac 2021 (Rabu) Sebelum Jam
12.00 Tengahari
2. Naskah dokumen tender boleh diperolehi dan dijual pada waktu pejabat hari bekerja. Bayaran hendaklah dibuat di kaunter Bayaran, Jabatan Bendahari, UUM dalam bentuk Tunai atau Draf Bank atas nama Universiti Utara Malaysia. Bayaran juga boleh dibuat secara "online" menggunakan kad kredit/Financial Process Exchange (FPX) dengan melayari laman web www.uum.edu.my klik e-com. Manakala Dokumen Meja Tender dan dokumen tender boleh diperolehi di Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP), Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darulaman dengan mengemukakan resit bayaran sebagai bukti pembelian.
Hari Waktu
Ahad - Rabu 8.30 pagi - 12.30 tengahhari dan 2.00 petang - 4.30 petang
Khamis 8.30 pagi - 12.30 tengahhari dan 2.00 petang - 3.00 petang
3. Dokumen Tender hanya dikeluarkan kepada Petender yang sah sahaja dan setelah sijil ASAL pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pengiktirafan Sebagai kontraktor Bertaraf Bumiputera, Surat Wakil (Jika Bukan Pemilik Syarikat) dan RESIT BAYARAN dikemukakan beserta DUA (2) salinan
sijil tersebut yang tidak akan dikembalikan.
4. Dokumen Tender yang telah siap ditandatangani dan diisi sepenuhnya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul bermetri dengan Tajuk Tender dan No. Rujukan Tender hendaklah ditulis di luar sampul tersebut. Dokumen hendaklah sampai dan dan dimasukkan ke dalam peti Tender, Jabatan Bendahari, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman tidak lewat dari jam 12.00 tengahari mengikut tarikh di jadual.
5. Kontraktor atau wakil yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
6. Pihak UUM tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab diatas penolakan sesuatu tawaran tender dan tidak akan menanggung apa-apa kos yang terlibat oleh Petender.
7. Dokumen Tender yang lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.