Asklegal

Tender | Construction

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Construction Project of Three (3) Elevator Units and Related Works


  1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebagai Firma Lif Yang Kompeten dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kelas yang berkenaan serta dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut:

TAJUK

Tender Bagi Projek Pembinaan Tiga (3) Unit Lif Serta Kerja Berkaitan Di Perumahan Awam Taman Free School, Blok L, M & N, Majlis Bandaraya Pulau Pinang


KELAYAKAN

Syarikat WAJIB berdaftar dengan JKKP sebagai Firma Lif Yang Kompeten dan CIDB: Gred G4 Atau G5 Atau G6 Pengkhususan : ME MO3

Dan CE CE11 atau CE21


Taklimat: Secara Atas Talian (Video Conference) - WAJIB Tarikh: 22.2.2021 (Isnin), Jam: 11.00 pagi [Pendaftaran: 10.30

pagi - 11.00 pagi)

 

Pautan bagi video conference adalah seperti berikut:-

Join Zoom Meeting https://zoom.us/j/91722223405?pwd=cXdOVDYxUnVUCER

EQmdoYkphNHNUQT09

 

Meeting ID: 917 2222 3405

Passcode: 347699


Harga Dokumen : RM200.00 senaskah


Tarikh Tutup: 15.3.2021 (Isnin) Jam: 12.00 tengah hari


2. Kontraktor/Pemilik diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen tender. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line'melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti tender yang terletak di Ruang Legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4 KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

 

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my.