Tender | Maintenance Tender | Services
Indah Water Konsortium Sdn Bhd - "MECHANICAL SCREEN" Service
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), syarikat pembetungan nasional, milik Menteri Kewangan Diperbadankan, adalah bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan, mengendali dan menyelenggarakan sistem pembetungan awam di Malaysia.
IWK mempelawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan kerja-kerja seperti berikut :
No. Tender
IWK/OMD/UKL-KLR348
Tajuk Kerja
CADANGAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN "MECHANICAL SCREEN" DI LOJI RAWATAN KUMBAHAN INDAH WATER
KONSORTIUM SDN BHD (NO. ASET: KLR 348) DI RSTP PANTAI 1, KUALA LUMPUR.
Syarat Pendaftaran
CIDB Gred G3/G4/G5 CE19 / CE21 / M15/M19/M20 Dan SPAN C dan SPAN D
Bayaran Dokumen Tender
Tiada
Lawatan Tapak (TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN)
23 Februari 2021 (Selasa) Jam : 10.00 Pagi
Petender diminta berkumpul di Pejabat Unit Kuala Lumpur,
Jalan Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur.
Dokumen Tender
Hanya petender yang berjaya hadir ke Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak sahaja yang akan dibekalkan dengan 'Dokumen Tender
Tarikh Tutup
5 Mac 2021 (Jumaat)
Jam: 12.00 Tengah Hari
Kotak Tender
C
Tiada sebarang bayaran Dokumen Tender dikenakan.
Tender ini akan menguna kaedah tender terbuka.
Bagi tujuan di atas, sila bawa bersama SIJIL PENDAFTARAN ASAL CIDB DAN SPAN yang masih sah tempoh pendaftaran serta satu salinan pendua sijil-sijil berkenaan untuk simpanan dan rekod pejabat semasa menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak. Dokumen Tender akan diberikan kepada wakil-wakil kontraktor yang layak sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa surat PENDAFTARAN ASAL SIJIL-SIJIL BERKENAAN DAN SURAT WAKIL KUASA.
Petender dikehendaki menyediakan kenderaan sendiri semasa menghadiri lawatan tapak. Sila hubungi pegawai IWK berikut untuk segala urusan berkaitan dengan lawatan tapak serta taklimat tender:
Pegawai : Encik Yong Hong Sin (011 10598937) / Encik Amir Nazri (012 4739695)
Dokumen Tender yang telah dilengkapi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertutup, bertanda dengan jelas di penjuru atas sebelah kiri "Nombor Tender dan Tajuk Kerja" dan dimasukkan ke dalam kotak Tender C sebelum atau pada tarikh tutup jam 12.00 tengah hari di alamat berikut:
INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD (211763-P)
Aras G, No.44, Jalan Dungun,
Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur
Tawaran yang lewat diterima dari tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Pihak IWK tidak terikat untuk menerima tawaran paling rendah, sebarang tender atau mengemukakan sebab-sebab tender tersebut ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini.