Asklegal

Tender | Services

PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN. BHD. - PEOPLESOFT HCM SYSTEM HARDWARE REFRESH AND UPGRADE


Tender adalah di pelawa daripada Kontraktor-Kontraktor dengan pendaftaran masing-masing yang masih sah laku selama 90 hari dari tarikh tutup tender bagi kerja-kerja berikut:-


 

Bil.1

No. Tender

TENDER/ IT/02/21


 

Tajuk Tender

PEOPLESOFT HCM SYSTEM HARDWARE REFRESH AND UPGRADE (INCLUSIVE BUY- DAN BACK)

 

 


Bidang Pendaftaran & Syarat Kelayakan

 

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  maklumat perniagaan / korporat  DAN

 

  • Kementerian Kewangan Malaysia 210102, 210103, 210105

Harga & Tarikh Dokumen Tender Dijual (RM)

100.00 (Dari 10/02/2021 sehingga 26/02/2021)


 

Tarikh Tutup (Sebelum Jam 12.00 Tengah Hari)

03/03/2021 (Rabu)

 


 

Naskah Dokumen Tender Bil. (1) akan dipamerkan mulai 10/2/2021 dan Tender Bil. (2) akan dipamerkan pada hari lawatan tapak pada waktu pejabat di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang.

 

Penjualan Dokumen Tender Bil (1) akan dijual mulai 10/2/2021 dan Tender Bil.(2) dijual mulai selepas dari lawatan tapak pada waktu pejabat (9.00 pagi - 4.00 petang) di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang.

 

Harga setiap naskah Dokumen Tender adalah seperti tertera di atas. Bayaran harus dibuat dalam bentuk wang tunai atau bank deraf atas nama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil perunding/pembekal yang sah. Untuk maksud ini wakil kontraktor/pembekal hendaklah hadir dengan membawa surat-surat pendaftaran ASAL seperti yang dinyatakan masing-masing di atas dengan setiap satu salinan fotostatnya untuk simpanan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.


 

KHUSUS UNTUK TENDER NO. 2

Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan secara talian online aplikasi Zoom mengikut tarikh dan waktu yang ditetapkan seperti di atas. Perunding yang mempunyai syarat kelayakan/bidang pendaftaran seperti di atas dan berminat perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan bukti bidang pendaftaran yang disahkan Salinan Benar oleh Pesuruhjaya Sumpah melalui pautan tertera sebelum 25 Februari 2021 jam 12.00 tengahari menggunakan pautan https://forms.gle/YH72riEkWWAWrHXV7 atau QR Code berikut:-

 

Lawatan Tapak Tidak Diadakan Oleh Pejabat Ini. Namun, Pihak Kontraktor DIGALAKKAN Untuk Membuat Lawatan Tapak Atas Tanggungjawab Sendiri.

 

Sebarang pertanyaan dan penghantaran dokumen berkaitan pendaftaran boleh dikemukakan kepada email berikut noorain@pba.com.my atau sreeviknesh@pba.com.my. Perunding yang melepasi tapisan akan dihubungi melalui email untuk diberikan link taklimat tender aplikasi zoom. Hanya perunding yang menghadiri taklimat tender sahaja yang akan dibenarkan membeli dokumen tender.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 04-505 5213/ 04-505 5232


 

Dokumen Tender hendaklah dihantar melalui sampul surat yang dimeteri dan ditandakan dengan tajuk tender di sudut sebelah kiri dan dialamatkan kepada:-

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN. BHD.

L4, ICT, FASA 1B, TINGKAT 4, KOMTAR 10000 PULAU PINANG

 

dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang sebelum 12.00 tengah hari.

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF