Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services Tender | Design
BERNAMA - SERVICES OF DATA ANALYSIS SYSTEM, SENTIMENT ANALYSIS AND ANALYSIS
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia terbuka kepada semua bertaraf Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam kod bidang seperti di bawah bagi menyertai tender berikut:
Tajuk Tender
TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MEREKABENTUK, MEMBANGUN (BERDASARKAN COTS), MENGKONFIGURASI, MENGUJILARI DAN MENTAULIAH SISTEM DATA ANALISA, ANALISA SENTIMEN DAN ANALISA MEDIA BERNAMA
NO. RUJUKAN : BER/TDR/01/2021
Kod Bidang Pendaftaran
210101 210102 210103 210104 210106 210108
Tarikh Tutup Tender
04 Mac 2021 (Khamis) jam 12.00 tengah hari
Tawaran yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan
Taklimat Tender
10 Februari 2021 (Rabu) Secara atas talian
(Penyertaan digalakkan)
Dokumen tender boleh didapati mulai tarikh 10 Februari 2021 (Rabu) pada waktu pejabat (9.00 Pagi - 5:30 Petang) di Bahagian Perolehan BERNAMA, Tingkat 6. Wisma BERNAMA, Off Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur dengan menyertakan wang pos/kiriman wang pos/ bank deraf berharga RM150.00 yang dibuat atas nama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia kepada Akauntan (Bahagian Terimaan) atau emel kepada urusetia perolehan dan pembayaran secara online. Butiran maklumat seperti berikut :
Nama: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Bank: Bank Islam Malaysia
No account: 14041010086635
Satu sesi taklimat secara atas talian akan diberikan kepada petender dan penyertaan petender adalah digalakkan. Hanya nama yang berdaftar dalam Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan dan/atau wakil perwakilan kuasa (Lampiran E-10 Surat Perwakilan Kuasa) yang diturunkan oleh penama yang berdaftar yang sah sahaja dibenarkan menyertai sesi taklimat. Bagi syarikat yang tidak dapat menghadiri taklimat, perlu membuat permohonan melalui emel kepada urusetia tender untuk mendapatkan salinan asal dokumen tender. Taklimat akan diadakan seperti berikut
Tarikh : 10 Februari 2021 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi
Syarikat yang ingin menyertai perlulah kemukakan Borang Pengesahan Kehadiran. Petender juga wajib mengemukakan Sijil Kementerian Kewangan Syarikat yang masih aktif ketika menghadiri taklimat tersebut. Hanya Petender yang mempunyai kod bidang berkaitan sahaja layak menyertai tender ini. Pihak tuan/puan juga boleh melayari laman web rasmi BERNAMA iaitu www.bernama.com untuk kenyataan tawaran tender BERNAMA.
Petender perlu mengemukakan tawaran tender secara manual ke dalam peti tender berserta dokumen-dokumen sokongan pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari, 04 Mac 2021 (Khamis) alamat seperti berikut:
Bahagian Perolehan
Tingkat 6, Wisma BERNAMA, Jabatan Kewangan dan Pentadbiran
28, Jalan BERNAMA, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
(u.p: Urus Setia Tender BERNAMA)
No Tel: 03 - 20594685 (Puan Nurulhaniiah)
E-mel: hanilah.ahya@bernama.com
Petender yang memerlukan sebarang penjelasan lanjut mengenai dokumen tender bolehlah berhubung secara bertulis melalui surat rasmi yang pos/ e-mel kepada alamat di atas.
Tawaran Tender yang lewat dikemukakan dan kelewatan menghantar dokumen sokongan seperti mana arahan tender tidak akan dipertimbangkan