Tender | Maintenance Tender | Construction
Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Housing Area Upgrade Works
- Kenyataan Pelan Cadangan Tender adalah dipelawa daripada Syarikat / Kontraktor yang berdaftar dengan kelayakan yang dinyatakan dalam kelas yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut :-
TAJUK
Projek Menaiktaraf Taman Kejiranan Desa Mawar, Air Itam, Pulau Pinang
KELAYAKAN
CIDB : G3 - CE14 dan CE21
Harga Dokumen : RM50.00 senaskah
Tarikh Tutup: 1.3.2021 (Isnin), Jam 12.00 tengahari
2. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender yang terletak di Ruang Legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4 KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.
4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my.