Asklegal

Tender | Services

SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG - DOKUMEN REQUEST FOR PROPOSAL


 

 

Tawaran ini dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dari segi kewangan mahupun teknikal untuk mengemukakan Tawaran Pajakan Feri Ikonik Pulau Pinang Untuk Dijadikan Muzium Terapung Dan / Atau Restoran Terapung Dan / Atau Feri Pelancongan Selama 10 Tahun Dengan Opsyen Penyambungan Selama 5 Tahun.

 

Dokumen Request For Proposal (RFP) akan dijual secara atas talian di mana pembida perlu membuat bayaran secara bank in atau transfer ke akaun Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan dokumen RFP akan diencrypte serta diemailkan di alamat email pembida. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

 

Tarikh : 29 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021

Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Kaedah : Secara atas talian

Email Pegawai : effendi@penangport.gov.my

Bertugas Tel : 012 4035155

Harga Dokumen : RM1,000.00

 

Pembayaran dokumen RFP hendaklah dibuat terus ke bank atas nama:

SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG

NO. AKAUN : 8603224666

BANK : CIMB ISLAMIC

 

Bukti pembayaran (maklumat pembayaran/slip deposit bank, alamat email dan nombor telefon yang boleh dihubungi) hendaklah dikemukakan melalui email kepada effendi@penangport.gov.my. Bayaran bagi dokumen ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen RFP yang lengkap hendaklah dimasukkan di dalam sampul bertutup dan berlakri dengan cop mohor syarikat serta dicatatkan butir-butir berikut:

 

No. Rujukan RFP : SPPP/RFP/2021-01

Tajuk RFP : Tawaran Pajakan Feri Ikonik Pulau Pinang Untuk Dijadikan Muzium Terapung Dan / Atau Restoran Terapung Dan / Atau Feri Pelancongan Selama 10 Tahun Dengan Opsyen Penyambungan Selama 5 Tahun

 

Dokumen RFP yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 12.00 tengahari pada 19 Mac 2021 kepada:

 

PENGURUS BESAR SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG ARAS 2, SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL

NO. 1A, PESARA KING EDWARD

10300 GEORGE TOWN, PULAU PINANG

 

Dokumen yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. SPPP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tertinggi.