Asklegal

Tender | Property

Syarikat Perumahan Negara Berhad - Property For Sale (as is where is)


Pembida adalah dipelawa untuk membeli hartanah kepentingan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam keadaan "sedia ada” (as is where is) seperti yang tersenarai di bawah:


Lokasi
Lot 2267, 2268, 2269, 2270 & 2271, Mukim Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan



Butiran Hartanah
Lima (5) lot tanah Pegangan Kekal


Keluasan (Hektar / Meter Persegi)
20.6413 hektar / 206,413 meter persegi


Pembida yang berminat dikehendaki hadir ke sesi Taklimat Tender yang akan diadakan pada 6 Januari 2021 (Rabu) jam 10.00 pagi di alamat yang tercatat di bawah. Dokumen Tender yang mengandungi butir-butir ringkas mengenai hartanah tersebut bersama syarat-syarat jualan boleh diperolehi pada sesi taklimat tersebut. Lawat periksa tapak boleh dilakukan sendiri oleh pembida dengan menghubungi Pejabat SPNB Negeri Sembilan.

Semua tawaran mestilah dihantar dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda "SPNB/TANAH/TENDER/AMPANGAN/01/2021" di sudut kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti Tender 1 di alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif 
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma PERKESO 
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Telefon : 03 - 2618 5555 

Semua tawaran mestilah dihantar sebelum jam 12.00 tengahari pada 15 Januari 2021.

Semua tawaran hendaklah disertakan dengan Jaminan Bank / Draf Bank atas nama "Syarikat Perumahan Negara Berhad” bersamaan dengan lima peratus (5%) daripada harga tawaran sebagai wang pendahuluan dan akan dikembalikan jika bidaan tidak berjaya. 


Sila ambil perhatian bahawa Syarikat Perumahan Negara Berhad tidak terikat untuk menerima tawaran yang tertinggi atau sebarang tawaran. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pn. Hayati Yusoff di talian 03 - 2618 5628 / En. Anuar Naim di talian 03-2618 5517.