Asklegal

Tender | Property

Syarikat Perumahan Negara Berhad - Property For Sale (as is where is)


Pembida adalah dipelawa untuk membeli hartanah kepunyaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam keadaan "sedia ada” (as is where is) seperti yang tersenarai di bawah:


Lokasi
HSD 580304, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru, Johor (Taman Seroja, Pasir Gudang) 


Butiran Hartanah
Satu (1) lot tanah tapak pembangunan bercampur dengan tempoh pajakan 99 tahun berakhir pada 26 Mac 2117


Keluasan (Hektar / Meter Persegi)
38.36 hektar/ 383,639 meter persegi



 
Pembida yang berminat dikehendaki hadir ke sesi Taklimat Tender yang akan diadakan pada 6 Januari 2021 (Rabu) jam 11.00 pagi di alamat yang tercatat di bawah. Dokumen Tender yang mengandungi butir-butir ringkas mengenai hartanah tersebut bersama syarat-syarat jualan boleh diperolehi pada sesi taklimat tersebut. Lawat periksa tapak boleh dilakukan sendiri oleh pembida dengan menghubungi Pejabat SPNB Johor.
Semua tawaran mestilah dihantar dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda "SPNB/TANAH/TENDER/SEROJA/01/2021" di sudut kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender 2 di alamat:


Ketua Pegawai Eksekutif 
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma PERKESO Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Telefon : 03 - 2618 5555 

Semua tawaran mestilah dihantar sebelum jam 12.00 tengahari pada 15 Januari 2021. Semua tawaran hendaklah disertakan dengan Jaminan Bank / Draf Bank atas nama "Syarikat Perumahan Negara Berhad" bersamaan dengan lima peratus (5%) daripada harga tawaran sebagai wang pendahuluan dan akan dikembalikan jika bidaan tidak berjaya. 

Sila ambil perhatian bahawa Syarikat Perumahan Negara Berhad tidak terikat untuk menerima tawaran yang tertinggi atau sebarang tawaran. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pn. Hayati Yusoff di talian 03 - 2618 5628/ En. Anuar Naim di talian 03 - 2618 5517.