Asklegal

Tender | Construction

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd - Recall-Slopes Stabilisation Works


Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor/pembekal-pembekal dengan pendaftaran masing-masing yang masih laku selama 90 hari dari tarikh tutup Tender bagi kerja-kerja/pembekalan berikut:

 


Bil 5  No.Kontrak
TENDER/PR/39/20


Tajuk Tender

RECALL- SLOPES STABILISATION WORKS AT SUNGAI KECHIL PUMPING STATIONS 


Bidang Pendaftaran & Syarat Kelayakan

• CIDB Grade 2 keatas, Kategori CE06 & CE08 dan
• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Maklumat Perniagaan/ Korporat 


Harga & Tarikh Dokumen Tender Dijual (RM)

250.00

(Dari 25/11/2020 sehingga 30/11/2020) 


Tarikh, Masa & Tempat Lawatan Tapak (WAJIB)


25/11/2020  (Rabu) 9.30 pagi Loji Bukit Panchor


Tarikh Tutup Sebelum 12.00 Tengah Hari

02/12/2020 (Rabu) 


Dokumen Tender Bil. (1)-(4) akan dipamerkan mulai 11/11/2020. Dokumen Tender Bil. (5) akan dipamerkan mulai 25/11/2020. Dokumen Tender akan dipamerkan pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 4.00 petang) di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.,L4, ICT, Phase 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.

Harga setiap naskah Dokumen Tender adalah seperti tertera di atas dan bayaran harus dibuat dalam bentuk wang tunai atau bank deraf atas nama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

Dokumen Tender Bil. (1)-(4) akan dijual mulai 11/11/2020. Dokumen Tender Bil. (5) akan dijual selepas dari lawatan tapak. Waktu jualan adalah dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil kontraktor/pembekal yang sah. Untuk maksud ini wakil kontraktor/pembekal hendaklah hadir dengan membawa salinan ASAL Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), SIRIMIKRAM, Sijil HALAL, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN) dan CIDB dan SSM (Maklumat Pemilik Perniagaan), yang mana yang berkenaan, dengan masing-masing satu salinan fotostatnya untuk simpanan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.

Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dihantar melalui sampul surat yang dimeteri dan ditandakan dengan tajuk tender di sudut sebelah kiri dan dialamatkan kepada :


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN. BHD. L4 ICT FASA 1B, TINGKAT 4, KOMTAR 10000 PULAU PINANG

dan dimasukkan ke dalam peti Tender di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Phase 1B, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF