Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Services Tender | Design

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Solar System Complete With Accessories


1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan kelayakan yang dinyatakan dalam kelas yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut :-



TAJUK
Request For Proposal  (RFP) Merekabentuk,Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Bagi Pemasangan Sistem Solar Lengkap Dengan Aksesori - Aksesori Di Laluan Berbasikal Spiral Bridge, Pulau Pinang


KELAYAKAN
SEDA: Registered Solar PV Investor (RPVI)  Atau  
SEDA: Registered Pv Service Provider (RPVSP) Atau  
CIDB: GRED G4 atau G5 atau G6 atau G7 Pengkhususan ME E03 
dan E35 atau E04 dan E35


Taklimat : 9.11.2020 (Isnin), Jam : 10.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan,
Tingkat 13, KOMTAR 
Harga Dokumen : RM50.00 (senaskah) 
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan,
Tingkat 13, KOMTAR 
Harga Dokumen : RM50.00 (senaskah) 
Tarikh Tutup : 30.11.2020 (Isnin) Jam : 12.00 tengah hari



2. Pemilik syarikat atau wakil sah yang dilantik syarikat diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen tender. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender yang terletak di Ruang Menunggu Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPP, Tingkat 17, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my.