Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Sepang - Security Control Services


Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan KKM dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi kerja-kerja berikut



 BIL NO. TENDER 
1. MPSepang (JKP)  400-10/12/15



TAJUK KERJA
 CADANGAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN STATIK DI IBU PEJABAT MPSEPANG CYBERJAYA, TAMAN TASIK CYBERJAYA, PEJABAT-PEJABAT CAWANGAN MPSEPANG, STADIUM MINI BANDAR BARU SALAK TINGGI, DEPOH PENGUATKUASA MPSEPANG DI BANDAR  BARU SALAK TINGGI DAN PUSAT KUARANTIN MPSEPANG DI PEKAN SEPANG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2020 


BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG
Kementerian Kewangan Malaysia 220801 - Kawalan Keselamatan  (Perlu Lesen KDN)  DAN  Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) 


HARGA DOKUMEN  
RM 200.00 


2. Dokumen tender boleh dibeli secara atas talian melalui laman web http://tender selangor.gov.my, dan  dokumen tender boleh di ambil pada waktu pejabat di kaunter Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 15 hb Oktober 2020 hingga 04 hb November 2020 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama 'Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang'. 

3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama. Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 Tengahari pada 04 hb November 2020 

4. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.