Asklegal

Tender | Installation Tender | Services

Majlis Perbandaran Sepang - Appointment Of Panel Contractors & Upgrade Works


1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor kontraktor yang berdaftar dengan CIDB, SPKK dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi kerja kerja berikut:



BIL.1 NO. TENDER
MPSepang (KEJ) 400-10/12/17 

TAJUK KERJA  
CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN SEDIA ADA SERTA PENYEDIAAN ARAS DATARAN KOMUNITI BANDAR BARU SALAK TINGGI, DAERAH SEPANG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 2020

BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG 
Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) DAN Sijil Perolehan Kerja Kerajaan  (SPKK) G5  (CE21 - Kerja Kerja Am Kejuruteraan Awam) DAN Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)

HARGA DOKUMEN 
RM 500.00


BIL.2 NO. TENDER
MPSepang (KEJ) 400-10/12/18

TAJUK KERJA  
CADANGAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR PANEL BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMASANGAN LAMPU AWAM DI ZON CYBERJAYA DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2021/2022 - PAKEJ D

 


BIL.3 NO. TENDER
MPSepang (KEJ) 400-10/12/19 

TAJUK KERJA  
CADANGAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR PANEL BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMASANGAN LAMPU ISYARAT DI ZON CYBERJAYA PUTRA PERDANA, MAS PUTRA PRIMA BANDAR BUKIT PUCHONG 2, BBST UTARA DAN BBST SELATAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2021/2022 - PAKEJI

BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG 
Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB) DAN Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
(SPKK) 04 (E04, E06, E11, E16, E17)
DAN Unit Perancangan Ekonomi Negeri
Selangor (UPEN)

HARGA DOKUMEN 
RM 500.00


2. Dokumen tender boleh dibeli secara atas talian melalui laman web http://tender.selangor.gov.my dan dokumen tender boleh di ambil pada waktu pejabat di kaunter Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 15 hb Oktober 2020 hingga 04 hb November 2020 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunal, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama 'Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang' 

3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeter dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 Tengahari pada 04 hb November 2020, 

4. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.