Asklegal

Tender | Services

Pusat Perubatan Universiti Malaya - Office Space Rental


BIL.1 PERKARA

Tawaran Sewaan Ruang Niaga Di Aras Bawah Dan Aras Satu, Bangunan Plaza, Pusat Perubatan Universiti Malaya Bagi Tempoh Lima (5) Tahun 
Rujukan Tawaran : T/1503/10/2020/2025(16)
(Kontrak Perkhidmatan Di Bawah Seliaan Jabatan Pembangunan Perniagaan, PPUM)


SYARAT UTAMA
Taraf : TERBUKA 
Bidang : BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 
Lawatan : 16 OKTOBER 2020 (JUMAAT) 
Tapak JAM 10.00 PAGI DI DEWAN SEKAPUR SIRIH, BANGUNAN TRAUMA & KECEMASAN, PPUM. (SILA LIHAT SYARAT YANG DITETAPKAN PADA PERENGGAN 2 & 3). 
Harga Dokumen : RM250.00 (WANG POS/KIRIMAN  WANG/DRAF BANK)



SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI: 
1. Dokumen tawaran ini hanya akan dijual mulai hari Jumaat, 16 Oktober 2020 kepada mana-mana petender yang telah selesai menghadiri lawatan tapak dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Jabatan Perolehan dengan harga seperti dinyatakan dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Draf Bank atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tidak akan dikembalikan. 
2.Petender dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut bagi melancarkan sesi lawatan tapak ini: 
2.1 Sila hadir sekurang-kurangnya 15 minit awal daripada masa yang dijadualkan; 
2.2 Setiap syarikat hanya boleh diwakili oleh dua (2) orang sahaja; 
2.3 Dikehendaki mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa. Setiap wakil syarikat dikehendaki melengkapkan visa kemasukan sepertimana di http:// visa.ummc.edu.my/languageselect.asp?kod jeniscontact=vendor&page=1
sebelum menghadirkan diri di lokasi yang ditetapkan; 
2.4 Pihak Urus Setia berhak menghalang kemasukan mana-mana wakil syarikat yang gagal mematuhi SOP; 
2.5 Hanya PENAMA di dalam Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja dibenarkan menghadiri sesi lawatan tapak. Walau bagaimananapun, mana-mana Individu yang bukan penama dibenarkan hadir dengan menggunakan surat wakil yang ditandatangani oleh penama/pemilik syarikat yang sah. 
3. Petender dikehendaki mematuhi semua arahan sepertimana di atas. Sebarang pelanggaran arahan yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja pihak Urus Setia berhak melarang tuan/puan menyertai sesi lawatan tapak ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Mohd Ibrahem bin Mohamad Jumangen di alamat e-mel: ibrahemournmc.edu.my atau Zalli bin Matuju di alamat e-mel : zailtgumic, edu.my atau di talian 03-7949 2692/3367. Sila beri maklum balas ke atas e-mel ini untuk tujuan pengesahan kehadiran tuan/puan ke sesi lawatan tapak berserta senarai nama wakil syarikat yang bakal hadir. 
4. Petender diwajibkan membawa USB Flash Drive semasa membeli dokumen tawaran
5.Dokumen tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan secara serahan tangan ke dalam Peti Sebut Harga di Jabatan Perolehan pada atau sebelum jam 12.00 tengan han mengikut jam di Jabatan Perolehan pada hari Isnin. 9 November 2020. Dokumen yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan