Asklegal

Tender | Construction Tender | Property

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor - Proposed Earthworks And Infrastructure Facilities


Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/ CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:-


BUTIR-BUTIR TAWARAN 
Tajuk Projek:-
 Cadangan Kerja Tanah Dan Kemudahan Infrastruktur Bagi 12 Lot Sesebuah (Lot Banglo) Di Jalan Gapi 20/10, Seksyen 2C, Antara Gapi, Bandar Sungai Chik, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
No. Kontrak
 PKNS/IP/AG-12LOT/KON-04/2019


 

SYARAT PENDAFTARAN
CIDB:  Gred G4   Kategori CE Pengkhususan CE21


TEMPAT DAN TARIKH  DOKUMEN DIJUAL
Bahagian Perolehan, Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam.
Pada: 14 OKTOBER 2020  HINGGA  28 OKTOBER 2020
Jam: 9.00 pagi - 4.00 petang


TARIKH TENDER  DITUTUP 
5 NOVEMBER 2020 jam 12.00 tengah hari 


1. Keutamaan diberikan sekiranya petender/syarikat memiliki pensijilan dan pengalaman kerja seperti yang disenaraikan di bawah:
i) Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2008) 
ii) Amalan kerja yang berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001:2007) 
iii) Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001:2004)
(Salinan sijil atau apa jua bukti hendaklah dikemukakan bersama dokumen tender/tawaran) 

2. LAWATAN TAPAK akan diadakan pada 13 Oktober 2020 (Selasa) jam 10.30 pagi. Tempat berkumpul adalah di Bilik Mesyuarat Galeri Jualan Antara Gapi, Tingkat 1, No 5 & 7, Jalan Gapi 1A, Seksyen 1, Antara Gapi, 48200 Serendah, Hulu Selangor. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN, hanya kontraktor yang hadir sahaja layak membeli tender. ** Wakil Syarikat perlulah dari kalangan yang berkelayakan seperti Pengurus Projek, Jurutera, Juruukur Bahan dan
Yang Berkenaan. 

3. Bayaran Dokumen Tawaran adalah RM350.00 dan boleh dibuat dalam bentuk Tunai, Draf Bank atau Kiriman Wang di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (bayaran ini tidak akan dikembalikan).

4. Naskhah Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada waktu pejabat bermula 14 Oktober 2020. 

5. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada Syarikat atau wakil yang sah sahaja. Sekiranya pihak Syarikat ingin menghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa. Syarikat dikehendaki membawa Surat Perwakilan Kuasa, Dokumen Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor Dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera (PKK) serta WAJIB membawa Satu Salinan bagi setiap Sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen tender 

6.Petender dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Senarai Semak dan Perakuan Tender di dalam Dokumen Tender dan memahami kehendak Dokumen Tender sebelum mengemukakan Dokumen lender. 

7. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:-

BAHAGIAN PEROLEHAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM PERSIARAN TASIK 40505 SHAH ALAM, SELANGOR
NO. TEL: 03-5525 0300
http://etender.pkns.gov.my 

 


8. render yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilavan. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran lain.