Asklegal

Tender | Services

Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman - Security Services


Tawaran adalah dipelawa kepada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 220801 Pertahanan dan Keselamatan Sub-Bidang Kawalan Keselamatan dan berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri, layak membuat tawaran Tender untuk pembekalan berikut:


 

No. Tender

PPN.KDH (T) 01/2020

 


Jenis Bekalan

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI PREMIS-PREMIS JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI TEMPOH 24 BULAN.


 

 

Kod Bidang

220801


Taraf

TERBUKA


 

Taklimat Tender akan diadakan pada 12 Oktober 2020 (Isnin) jam 10.00 pagi di Dewan Gemilang, Pusat Latihan Pertanian (PLP), Jabatan Pertanian Negeri Kedah Petender yang ingin menyertai Tender ini diwajibkan hadir taklimat dan kehadiran mestilah terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah sahaja. Sila bawa bersama Salinan Borang 49, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diakui sah oleh SSM/ Pesuruhjaya Sumpah serta salinan asal sijil-sijil yang berkaitan. Sijil-sijil berkenaan juga mestilah masih sah tempoh lakunya.

 

Tender ini akan ditutup pada 02 November 2020 (Isnin). Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat serta bertulis bilangan No. Tender dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Ibupejabat Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Telok Chengal, Kedah tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada hari tersebut.

 

Tarikh Iklan: 06 OKTOBER 2020