Asklegal

Tender | Services

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) - IT Disaster Recovery


NOTIS JEMPUTAN TENDER PELAN PEMULIHAN BENCANA IT UNTUK LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT) LTAT TENDER NO: DRP 1/2020

 

 

1. Pembekal tempatan (keutamaan kepada pembekal Bumiputera) yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang perkhidmatan 210102, 210103 dan 210106 yang masih sah tempoh adalah dipelawa untuk membuat tawaran bagi tender Pelan Pemulihan Bencana IT untuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

 

2.Tender akan dibuka bermula pada 06 Oktober 2020 dan akan ditutup pada 20 Oktober 2020 sebelum 12.00 tengah hari ("Tarikh Penyerahan Tender"). Pembekal yang berminat menyertai tender ini boleh mendapatkan Dokumen Tender di dalam format PDF di Jabatan Kewangan dan Pentadbiran Unit Perolehan dan Bekalan Am dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :

 

a. Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dari Kementerian Kewangan; dan 

b. Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera dari Kementerian Kewangan (keutamaan akan diberikan kepada pembekal yang mempunyai sijil tersebut).

 

3. Tawaran mengandungi spesifikasi harga dan spesifikasi teknikal hendaklah dimasukkan ke dalam kotak tender sebelum tender ditutup pada 20 Oktober 2020 jam 12.00 tengah hari dialamatkan kepada :-

 

 

KETUA EKSEKUTIF 

LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT) 

Tingkat 6, BANGUNAN LTAT JALAN BUKIT BINTANG 55100 KUALA LUMPUR

 

 

4. LTAT tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran dan tidak bertanggungjawab untuk mengemukakan alasan bagi tawaran yang ditolak.

 

5. Maklumat mengenai LTAT boleh didapati di laman web https://www.itat.org.my. Sebarang pertanyaan mengenai dokumen tender boleh ditujukan kepada Sekretariat Jabatan Kewan dan Pentadbiran iaitu Unit Perolehan dan Bekalan Am melalui e-mel kepada hasnioltat org.my atau shanaz@ltat.org.my atau melalui talian 03-21489777