Asklegal

Tender | Construction

Majlis Bandaraya Seremban - Build Plains Dem


Tender adalah dipelawa daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam gred, kategori dan pengkhususan atau kementerian Kewangan yang berkaitan serta yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan kerja kerja seperti yang berikut:


 

NO TENDER FAIL RUJUKAN

 

NO TENDER

T0367/20

 

FAIL RUJUKAN

MPS/104/T(4)2019/PL(1)

 

TAJUK  

PEMBINAAN DATARAN AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

 

Tender Yang Lewat Tidak akan Diterima


 

 

KELAYAKAN KONTRAKTOR/SYARIKAT

 (BUMIPUTERA) GRED G4

 

Kategori CE Pengkhususan CE21 dan Kategori CE Pengkhususan CE14


 

TARIKH/HARGA TEMPAT  DOKUMEN DIJUAL

 

DARI TARIKH

05 Okt 2020 (Isnin)

 

HINGGA 26 Okt 2020 (Isnin)

HARGA DOKUMEN

RM 200.00

 

TEMPAT

JABATAN KEWANGAN WISMA MBS, PERSIARAN FOREST HEIGHTS 1,JALAN SEREMBAN - TAMPIN, 70450 SEREMBAN

 

WAKTU URUSAN

Isnin - Khamis 

08:00 pagi - 01:00 petang 

02.00 petang - 04:00 petang

 

Jumaat 08:00 pagi - 12:15 tengahari


TARIKH & MASA TENDER DITUTUP

 

TARIKH

26 Okt 2020 (Isnin)

MASA

12:00 TENGAHARI

 

 


2. Sekiranya petender tidak berdaftar dengan Majlis Bandaraya Seremban dikehendaki berdaftar terlebih dahulu dengan kadar yang ditetapkan. Pembayaran bagi pembelian dokumen hendaklah dibuat dalam bentuk Tunai/Deraf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama Majlis Bandaraya Seremban dan bayaran ini tidak akan dikembalikan Dokumen Tender hanya dijual kepada syarikat atau wakilnya yang sah sahaja yang menunjukkan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau Sijil Kementerian Kewangan Malaysia Asal berserta satu salinan sijil tersebut dan Surat Wakil (bagi bukan pemegang asal sijil).

 

 

3. Semua dokumen Tender mestilah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dan ditulis tajuk dan nombor Tender berkenaan di penjuru kiri dan dialamatkan kepada Datuk Bandar, WISMA MBS, PERSIARAN FOREST HEIGHTS 1, JALAN SEREMBAN-TAMPIN, 70450 SEREMBAN dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Wisma MBS, Persiaran Forest Heights.

 

 

4. Majlis Bandaraya Seremban tidak terikat untuk menerima dokumen Tender yang terendah atau sebarang dokumen Tender. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen Tender yang tidak terdapat di dalam Peti Tender setelah Peti Tender dibuka.

 

 

5. Majlis Bandaraya Seremban berhak untuk membatalkan Tender syarikat yang terlibat dalam membuat pakatan harga dengan syarikat-syarikat lain atau apa-apa pakatan sepanjang proses Tender sehingga dokumen kontrak ditandatangani.

 

 

6. Tidak mempunyai sebarang tunggakan (Cukai Taksiran/ kompaun/ Sewaan/ Semak Samun/ pelbagai tunggakan lain) dengan MBS. Sekiranya tunggakan ini dijelaskan sebelum atau dalam tempoh penjualan dokumen tender, kontraktor pembekal layak untuk menyertai Tender ini.

 

7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

 

NOTIS JUGA BOLEH DILAYARI DI LAMAN WEB: www.mbs.gov.my