Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

RISDA - Insurance Services


Pihak berkuasa kemajuan Pekebun kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa pembekalpembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 221801 (Syarikat Insuran) untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan bekalan dan perkhidmatan seperti berikut:-

 


No. Tender

7.0-11/2020


Tajuk Bekalan

MENYEDIAKAN DAN MEMBEKAL PERKHIDMATAN INSURAN HARTA BENDA RISDA UNTUK TEMPOH 2 TAHUN BAGI TAHUN 2020/2021 DAN TAHUN 2021/2022

 


 

Tarikh/Pejabat Untuk Membeli Dokumen Tender

 

30.09.2020 (RABU) sehingga 22.10.2020 (KHAMIS) 

 

Tempat:

Unit Gaji & Perolehan, Tingkat 7, Bahagian Kewangan dan Belanjawan, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.

 


 

Tarikh/Waktu Tutup/ Pejabat Yang Mengeluarkan Tender

 

 

22.10.2020 (KHAMIS)

Jam : 12.00 Tengah hari 

Urusetia:

Unit Gaji & Perolehan, 

Tingkat 7, Bahagian  Kewangan dan Belanjawan, RISDA.

Jalan Ampang,  50990 Kuala Lumpur.

 


 

Dokumen Tender berharga RM350.00 senaskhah. Bayaran dokumen tender hendaklah dalam bentuk Wang Tunai kiriman Wang Pos atau Deraf Bank atas nama "RISDA AKAUN BHG KEWANGAN" Bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

 

Waktu urusan pembelian dan pertanyaan mengenai tender adalah seperti berikut:

 

 

Isnin hingga Khamis : Dari jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari dan dari jam 2:30 petang hingga 3:30 petang; 

 

 

Jumaat : Dari jam 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan dari jam 3:00 petang hingga 3:30 petang 

 

 

Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada pembekal yang sah saja. Satu pembekal dibenarkan membeli hanya satu naskhah dokumen tender sahaja. Untuk maksud ini, pembekal/wakil wajib membawa Suil Asal Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang dinyatakan serta masih sah tempoh pendaftaran serta DUA (2) salinan sijil berkenaan untuk Simpanan dan rekod bayaran pejabat ini semasa membeli dokumen tender. PERKHIDMATAN FOTOSTAT TIDAK DISEDIAKAN.

 

Dokumen Tawaran Tender Teknikal dan Tawaran Tender Kewangan yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan dalam dua sampul surat berasingan yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Bekalan. Kedua-dua sampul tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Bekalan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti dinyatakan di atas. RISDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.

 

PEMBERI & PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (AKTA 694)"