Asklegal

Tender | Services

Bank Simpanan Nasional - Archive Storage


Tender adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod pendaftaran yang berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran dibawah dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:

 

 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

PERKHIDMATAN OUTSOURCING PENYIMPANAN DOKUMEN ARKIB BANK SIMPANAN NASIONAL SEMENANJUNG MALAYSIA

 

 

SYARAT PENDAFTARAN

Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang: 221310- Penyimpanan Rekod (Surat Kelulusan Arkib Negara) (Nota: Hanya syarikat yang berpengalaman dalam skop kerja berkenaan dibenarkan menyertai tender)

 

 

 

HARGA DOKUMEN

RM 1,000.00 (Tidak akan dikembalikan)

 

 

KAEDAH DOKUMEN DIJUAL

Dokumen Tender akan diemelkan kepada syarikat yang telah membuat transaksi bayaran sejurus taklimat selesai.

 

 

TEMPAT & TARIKH TAKLIMAT

Isnin, 5 Oktober 2020 Jam 3:00 Petang Bilik Bakawali, Tingkat 4, Blok A Wisma BSN 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

 

Kehadiran adalah DIWAJIBKAN

 

 

TARIKH TENDER DITUTUP

Isnin, 26 Oktober 2020 pada jam 12.00 tengah hari Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan

 

 

 

Bayaran Dokumen Tender boleh dibuat secara online atau di mana-mana kaunter cawangan BSN di atas nama Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional selepas sesi Taklimat Tender (bayaran ini tidak dikembalikan). Syarikat dikehendaki memuat naik salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dalam bentuk PDF dan diemelkan kepada naajib@bsn.com.my dan mohdfairul@bsn.com.my. Dokumen Tawaran Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul bermateri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:

 

Peti Tender (A), Bahagian Perolehan

Lobi Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, 50450 KUALA LUMPUR

1300-88-1900 www.mybsn.com.my