Asklegal

Tender | Installation Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat - Support Service For Server


1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)/CIDB dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:

 CADANGAN PERKHIDMATAN SOKONGAN DAN PENYELENGGARAAN PERKAKASAN DAN PERISIAN SERVER DI PUSAT DATA MARA 

 


 

NO TENDER

18/2020


KOD BIDANG

210102 dan 210105


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

24/09/2020 Hingga  07/10/2020

 

ISNIN - KHAMIS

8.30 pagi - 1.00 petang

2.00 petang - 4.30 petang

 

JUMAAT

8.30 pagi -  12.15 s/hari

2.45 petang - 4.30 petang


 

TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TENDER

 

08/10/2020 10.00 pagi

 

Dewan Sumber ilmu,Tingkat 4.  Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur


 

HARGA SENASKHAH DOKUMEN

RM60.00


 

TARIKH TUTUP TENDER

 

29/10/2020  (sebelum 12.00  tengah hari) 


 

 

2. Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen :

i)SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

 

 

Satu (1) salinan fotostat Sijil-sijil Asal bagi dokumen di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara DRAF BANK atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA).

Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan (1) tawaran tender sahaja.

 

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 1.00 ptg, 2.00 ptg - 4.30 ptg) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

5.Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA / CIDB untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.

 

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor.

 

 

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran.MARA untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut 

 

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampe bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampui surat hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan dalam peti Tender seperti alamat di bawah:

 

 

PENGARAH 

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN 

TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15. IBU PEJABAT MARA,

21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR 

 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari.

 

 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolakp  Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.