Tender | Supply
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) - VMware, Veeam Dan Server Storage Services
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang memiliki pengalaman yang sebanding dan berkaitan tawaran tender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta beralamat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti berikut:
NO 1 TAJUK TENDER
Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Menguji Dan Mentauliah Support maintenance VMware, Veeam Dan Server Storage Bagi Pihak Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
No. Tender: LZS/DP/100-T (3/2020)
KOD BIDANG (WAJIB)
210102 - Hardware (high end technology) - All types of server, mainframe, high end printers, storage area network (SAN, NAS) including Maintenance
atau
210103 - Software - Supply all computer software, operating system, database, off the-shelf packages including maintenance
atau
210104 - Software/System development Customization and maintenance including data entry, data processing
TARIKH TUTUP TENDER
21 Oktober 2020 12.00 tengah hari
2. Pembida boleh membuat temujanji melalui emel tender@zakatselangor.com.my (nyatakan tajuk tender yang dipilih pada tajuk emel) bermula 21 September 2020 sehingga 25 September 2020 pada waktu pejabat (9.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 petang - 3.30 petang) dengan melampirkan dokumen dan maklumat seperti berikut:
a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia
b) Sijil Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
c) Nama, Emel dan Nombor Telefon Pegawai Syarikat untuk dihubungi
3. Hanya pembida yang menepati kelayakan sahaja akan dijemput untuk menyertai taklimat tender pada 28 Oktober 2020.
4.Dokumen tender boleh diperolehi bermula 28 September 2020 sehingga 20 Oktober 2020 pada waktu pejabat (9.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 petang - 4.30 petang). Hanya pembida yang berkelayakan dan menyertai taklimat tender sahaja dibenarkan membeli dokumen tender.
5. Pembida boleh memperolehi dokumen tender dengan bayaran secara atas talian (tidak dikembalikan) sebanyak RM500.00 bagi setiap satu. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian sahaja atas nama "Lembaga Zakat Selangor (MAIS)". (Maklumat akaun akan diberikan kepada pembida yang berkelayakan sahaja).
6.Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Tender di talian 03-8314 2784 atau 03-8314 2380
7. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran dan juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana tawaran yang dikemukakan
b/p: Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (MAIS)