Asklegal

Tender | Design

Majlis Perbandaran Sepang - Design & Upgrade Works


 

 

 

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB, SPKK dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi kerja-kerja berikut:


 

BIL

1.


 

NO. TENDER

MPSepang (KEJ) 400-10/12/14


 

TAJUK KERJA

 CADANGAN KERJA-KERJA  REKABENTUK BANDAR BARU SALAK TINGGI MENAIKTARAF MEDAN 23 DAN MEDAN 88 SERTA KERJA BERKAITAN DI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG UNTUK TAHUN 2020


BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG

 

Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) DAN Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) G4 CE21 (Kejuruteraan Awam) & B04 (Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan) DAN Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)


 

HARGA DOKUMEN

RM300.00


 

 

2. Dokumen tender boleh dibeli secara atas talian melalui laman web http://tender.selangor.gov.my dan dokumen tender boleh diambil pada waktu pejabat di kaunter Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 10hb September 2020 hingga 30hb September 2020 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskhah (tidak dikembalikan). Dokumen tender hanya dijual kepada kontraktorkontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama 'Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang'. 

 

 

3. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 30hb September 2020. 

 

 

4. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.