Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang - Recalibration Of Protection


Tender adalah di pelawa daripada Kontraktor-Kontraktor dengan pendaftaran masing-masing yang masih sah laku selama 90 hari dari tarikh tutup tender bagi kerja-kerja berikut:


 

Bil. No.Kontrak

FA/30/20


Tajuk Tender

RECALIBRATION OF PROTECTION  RELAYS FOR ALL PBAPP ELECTRICAL INSTALLATION


 

 • Suruhanjaya Syarikat Malaysia - (SSM) - Maklumat Perniagaan / Korporat dan 

 

• Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagai Kontraktor Perkhidmatan Elektrik 33kV atau ke atas dan berdaftar di Pulau Pinang Sahaja.

 


 

Tarikh & Masa Lawatan Tapak

17/09/2020 (Khamis)  

Jam 10.00 Pagi Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Pejabat Fasiliti Taman Selat, Butterworth, Pulau Pinang


Harga & Tarikh Dokumen Tender Dijual (RM)

 

150.00 (Dari 17/09/2020 hingga 25/09/2020)


Tarikh Tutup (Sebelum  Jam 12.00  Tengah Hari)

01/10/2020 (Khamis)


Naskah Dokumen Tender akan dipamerkan masing-masing mulai 9/9/2020 atau selepas dari hari lawatan tapak di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang. 

 

Lawatan tapak bagi Tender ini adalah mengikut tarikh yang ditetapkan seperti diatas. Kontraktor yang mempunyai lesen seperti di atas dan berminat hendaklah berkumpul di tempat tersebut di atas. Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Kontraktor yang tidak hadir ke lawatan tapak tidak dibenarkan membeli Dokumen Tender.

 

Dokumen Tender (1) akan dijual pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 4.00 petang) mulai 09/09/2020 manakala Dokumen Tender (2) akan dijual mulai 17/09/2020 di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang. Ravaran harus dibuat dalam bentuk wang tunai atau bank deraf atas nama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

 

Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil Kontraktor yang sah. Untuk maksud ini wakil Kontaktor bagi Tender ini hendaklah menghadiri dan membawa Surat Asal Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Surat Asal PendaftaranMalaysia sebagai kontraktor Perkhidmatan Elektrik 33kV atau ke atas dan berdaftar di Pulau Pinang sahaja, yang mana Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagai Kontraktor Perkhidmatan yang berkenaan, serta satu salinan fotostatnya untuk simpanan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. 

 

Dokumen Tender hendaklah dihantar melalui sampul surat yang dimeteri dan ditandakan dengan tajuk tender di sudut sebelah kiri dan dialamatkan kepada:-

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN. BHD.

L4, ICT, FASA 1B, TINGKAT 4,

KOMPEKS TUN ABDUL RAZAK, JALAN PENANG

10000 PULAU PINANG 

 

dan dimasukkan ke dalam peti Tender di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd: L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4. Komtar, 10000 Pulau Pinang sebelum 12.00 tengah hari. 

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF