Asklegal

Tender | Services

MARDI - Upgrade Works For Training Centre


 

 

 

 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU), dalam bidang yang tersebut di bawah dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:

 


 

NO. TENDER /JENIS KERJA

 

MDI/PK/KW/476-TK001/2020

 

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOMPLEKS PUSAT LATIHAN MARDI, IBU PEJABAT MARDI SERDANG, SELANGOR

 


 

BIDANG PENDAFTARAN/HARGA DOKUMEN 

 

 

Syarat - Syarat:

 

i. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) Gred G4 -Kategori B dan CE, Pengkhususan B04 & CE21 oleh CIDB; dan 

 

ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Oleh CIDB; dan

 

iii. Sijil Taraf Bumiputra (STB) Oleh BPKU Harga Jualan Dokumen : RM350.00

Taklimat dan Lawatan Tapak (Wajib)

Hanya penama yang dinamakan dalam PPK & SPKK sahaja yang boleh menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Kontraktor tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK & sijil SPKK.

Tarikh : 10 September 2020 (Khamis)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat: Dewan Tan Sri Yusof Hashim (Blok A3).Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor


 

Dokumen tender mulai dijual pada 10 September 2020 sehingga 23 September 2020 dan boleh diperolehi dengan harga di atas dalam bentuk wang tunai / wang pos / bank draf atas nama Ketua Pengarah MARDI (Cek persendirian / syarikat tidak diterima) semasa waktu pejabat bermula 9.00 pagi sehingga 4.30 petang di Pusat Pengurusan Kewangan, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Selangor (Tel: 03-89537083/7078) dengan membawa Sijil PPK,SPKK dan STB (Asal) dan Salinan Sijil-sijil berkenaan (yang tidak dikembalikan). Kegagalan berbuat demikian menyebabkan dokumen tender tidak akan dikeluarkan.

 

 

Dokumen tender yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai dan ditulis nombor rujukan tender di penjuru sebelah kiri sampul berkenaan. Dokumen ini hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Pusat Pengurusan Kewangan (Blok D4), Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor dan dokumen yang diposkan dengan menggunakan alamat di atas hendaklah sampai selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 Oktober 2020 jam 12.00 tengahari.

 

MARDI tidak bertanggungjawab di atas kelewatan dokumen tender yang diposkan dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran yang dikemukakan.

 

Iklan tender juga boleh didapati melalui Laman Web MARDI http://www.mardi.gov.my dan Laman Web MyProcurement myprocurement.treasury.gov.my