Asklegal

Tender | Services

FINAS - Private Audit Panel Services



1. Tawaran tender adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih sah tempoh laku bagi menyertai tender



NO./TAJUK TENDER 
FINAS(R)A.002/52(20)-01 
 TENDER KONTRAK PERKHIDMATAN PANEL PERUNDING AUDIT SWASTA  UNTUK PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 


PENDAFTARAN
221803 - PENYEDIAAN AKAUN DAN  PENGAUDITAN; ATAU
SALINAN LESEN JURUAUDIT  DARIPADA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF); DAN
SALINAN SURAT KELULUSAN DARIPADA MALAYSIA INSTITUTE OF ACCOUNTANTS (MIA) BERKAITAN KELULUSAN NAMA FIRMA AUDIT


TARIKH TUTUP TENDER
 6 Oktober 2020  (Selasa)pada jam 12.00 Tengah hari 

Dokumen Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan


2.Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang mulai 7 September 2020 (Isnin) hingga 5 Oktober 2020 (Isnin) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS Petaling Jaya, Aras 2, Bangunan Utama, Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor dengan mengemukakan salinan dokumen berikut:
i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
ii) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) 
iii) Lesen Juruaudit atau Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

3. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja)
senaskah (tidak dikembalikan). Bayaran boleh dibuat secara tunai / Cek / Bank Draf / Wang Pos.

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Tender yang ditempatkan di: 

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
FINAS PETALING JAYA,
ARAS 2, BANGUNAN UTAMA, UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN, JALAN UTARA,
46200 PETALING JAYA, SELANGOR
TEL: 03-7968 2137