Asklegal

Tender | Construction

University Utara Malaysia - Construction of Suction Water Tank


 

1. Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan menyertai tender pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :

 


 

BIL .1

 

NO. RUJUKAN

UUM/BEN/ T379/2020


 

TAJUK TENDER

Pembinaan Tangki Air Sedutan di Inasis Laluan C, Menaiktaraf Paip Air Sediada dan kerja-kerja Pengurangan Kehilangan Air Tidak Berhasil

(NRW) di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman

 


PENDAFTARAN

CIDB dan PKK

 

Memegang Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB

 

Berdaftar dengan. Suruhanjaya Perkhimatan Air Negara (SPAN)

 


 

 

GRED/ KATEGORI/ PENGKHUSUSAN

 

Gred: G5

Kategori: CE 

Pengkhususan: CE20

 

 

Berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

 

Permit IPA Jenis C2

 

Bertaraf Bumiputera


 

HARGA SENASKAH (RM)

200.00


TAKLIMAT & LAWATAN ТАРАК

 

8 September 2020 (Selasa)

 

Masa : 10.00 pagi

 

Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, JPP

 

Kehadiran adalah diwajibkan


2. Naskah Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender akan dijual pada waktu pejabat hari bekerja di Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan

(JPP), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman mulai 03 September 2020 hingga 27 September 2020 dan bayaran hendaklah dibuat di kaunter Bayaran, Jabatan Bendahari, Universiti Utara Malaysia, dalam bentuk Tunai atau Draf Bank atas nama Universiti Utara Malaysia. Bayaran juga boleh dibuat secara "on-line' menggunakan kad kredit / Financial Process Exchange (FPX) dengan melayari laman web www.uum.edu.my klik e-com. 

 

 

Hari                       Waktu 

Ahad - Rabu.       -8.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 Petang - 4.30 petang 

Khamis                -8.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 Petang -3.00 petang 

 

3. Dokumen Tender akan hanya dikeluarkan kepada petender yang sah sahaja dan setelah sijil ASAL pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Sijil Pengiktirafan sebagai kontraktor Bertaraf Bumiputera dan Resit Bayaran ditunjukkan serta salinan sijil hendaklah dikemukakan untuk simpanan.

 

4. Dokumen Tender yang telah siap ditandatangani dan diisi sepenuhnya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul bermetri dengan Tajuk Tender dan No. Rujukan hendaklah ditulis di luar sampul surat tersebut. Dokumen Tender hendaklah sampai dan dimasukkan ke dalam peti Tender, Jabatan Bendahari, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 04 Oktober 2020 (Ahad). 

 

 

5. Kontraktor atau wakil yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 DAN PENJARAKAN SOSIAL Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

 

 

6. Pihak Universiti Utara Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender dan tidak akan menanggung apa-apa kos yang terlibat oleh penender. 

 

7. Tender yang lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.