Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Teknologi MARA - Digital Convocation Ceremony Pictures Services Related


Tawaran ini adalah dipelawa daripada kalangan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan seperti berikut :-


BUTIR-BUTIR TAWARAN

 

No. Tender: UiTM/B1/PER/T/P/0820/0002

 

Cadangan Membekal, Menghantar, Memproses Dan Mencetak Gambar Istiadat Konvokesyen Secara Digital Bagi Tempoh Dua (2) Tahun Di UiTM 

Photo Centre (UPC) Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Shah Alam

 

Kod Bidang (Wajib): 221303

Kod Bidang (Pilihan) :-


 

TARIKH DAN MASA TAWARAN DITUTUP 

 

22 September 2020 (Selasa)  jam 12:00 petang  


1. Tawaran ini dibuat secara atas talian (online) melalui laman web FinEProcurement Plus Universiti (https://myfinancial.uitm.edu.my/ mulai 01/09/2020. 

 

 

2. Tawaran yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem FinEProcurement Plus pada atau sebelum 22 September 2020 (Selasa) jam 12:00 petang. Tawaran yang tidak dikunci masuk (key-in) sebelum waktu

tutup tawaran TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 

 

 

3. Dokumen sokongan secara manual hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke Peti Tender di Pejabat Bendahari, Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset, Unit Panggilan Tender & Sebut Harga, UiTM Shah Alam, 40450 Shah Alam, Selangor seperti tarikh dan masa dinyatakan. Nombor ID hendaklah ditulis dengan terang dan jelas di bahagian atas sebelah kiri sampul tersebut. 

 

4. Syarikat yang berminat hendaklah berdaftar di sistem FinÉProcurement Plus dan bayaran sebanyak RM400.00 akan dikenakan bagi tempoh pendaftaran selama dua (2) tahun. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Tunai/ Deraf Bank atas nama BENDAHARI UITM.