Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Pasir Gudang  - Consulting Services


Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat Perunding dalam kelas dan jenis pendaftaran/ pengkhususan berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

 


JENIS KERJA & BILANGAN TAWARAN

 

PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN (RT) PASIR GUDANG 2030

 

MPPG/ P15/2020/BPK/JPB


 

GRED, KATEGORI, PENGKHUSUSAN

 

 

LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN KOD BIDANG: 330206 ( PERKHIDMATAN

PERUNDING FIZIKALPERANCANG BANDAR DAN WILAYAH)


 

HARGA DOKUMEN

 

RM300.00


 

 

TAKLIMAT TENDER (DIWAJIBKAN HADIR)

TARIKH:07 SEPTEMBER 2020 (ISNIN) MASA PENDAFTARAN : 9.00PAGI HINGGA 9.45 PAGI

MASA: 10.00 PAGI (TAKLIMAT) TEMPAT : BILIK AUDITORIUM, ARAS 3, MENARA AQABAH, MPPG

 

 

PERHATIAN: HANYA PEMILIK SYARIKAT SAHAJA YANG DIBENARKAN MENGHADIRI

TAKLIMAT TENDER. Sila bawa bersama SIJIL/LESEN ASAL dan 1 Salinan


 

Dokumen tawaran boleh dimuat turun di laman sesawang system sebutharga MPPG iaitu di http://www.mppg.gov.my/eSebutharga mulai 07 SEPTEMBER 2020 (ISNIN) hingga 28 SEPTEMBER 2020 (ISNIN) dikenakan bayaran seperti dinyatakan di atas dalam bentuk Bank Draf atau Kiriman Wang Pos atau Kiriman Pos Berpalang dibuat di atas nama MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG. Bayaran atas talian ("On-Line") juga akan diterima. Bayaran secara tunai tidak diterima sama sekali.

 

Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor pada waktu pejabat.

 

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

 

 

Yang Dipertua 

Majlis Perbandaran Pasir Gudang 

Aras 19, Menara Aqabah Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor

 

 

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 29 SEPTEMBER 2020 (SELASA) dan dikehendaki memasukkan ke dalam peti tawaran di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.