Asklegal

Tender | Services

Yayasan Warisan Johor - Unarmed Security Control Services


 

Tawaran ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat TERBUKA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang Perkhidmatan Kawalan Keselamatan 220801 (Kawalan Keselamatan) bagi melaksanakan perkhidmatan / kerja-kerja berikut:-

 


 

 

RUJUKAN FAIL

YWJ (T)  01/2020

 


JENIS KERJA & BILANGAN TAWARAN

 

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api di Bangunan Yayasan Warisan Johor

 

1. Komplek Warisan Sultan Abu Bakar

 

2. JKR 676, Bahagian Pengurusan Acara

 

3. Muzium Tokoh Johor

 

4. IKLAS

 

5. Muzium Mersing

 

6. Muzium Kota Tinggi

 

7. Galeri Dato' Onn. Batu Pahat


GRED. KATEGORI, PENGKHUSUSAN

220801


HARGA DOKUMEN

 RM60.00  


TEMPAT, TARIKH DAN  MASA LAWATAN TAPAK  

 

1. Komplek Warisan  Sultan Abu Bakar 

Tarikh : 01/09/2020 Jam : 10:00pagi 

 

2. JKR 676, Bahagian Pengurusan Acara

Tarikh: 01/09/2020 Jam: 11:00pagi 

 

 

 3. Muzium Tokoh Johor 

Tarikh: 01/09/2020 Jam: 12:00tgh 

 

 

4. IKLAS

Tarikh: 01/09/2020 Jam: 02:00petang 

 

 

5. Muzium Mersing

Tarikh: 02/09/2020  Jam: 10:00pagi 

 

 

6. Muzium Kota Tinggi

Tarikh: 02/09/2020 Jam: 02.00petang

 

 

7. Galeri Dato' Onn,Batu Pahat 

Tarikh: 03/09/2020 Jam: -10:00pagi

 


 

 

2. Dokumen tender boleh didapati mulai 03/09/2020 ( Khamis ) hingga 27/09/2020 ( Ahad ) pada waktu pejabat dari - jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang di Pejabat Yayasan Warisan Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor dengan bayaran seperti di atas dengan menggunakan Draf Bank / Kiriman Wang Pos (Money Order) / Wang Kiriman Wang Pos Berpalang (Postal Order) diterima dan dibuat atas nama Pengarah Yayasan Warisan Johor. Lawatan tapak adalah diwajibkan untuk setiap pembelian dokumen tender. Dokumen tender tidak akan dijual selepas tempoh itu. 

 

 

3. Syarikat-syarikat yang berminat memasuki tender adalah dikehendaki mengemukakan Sijil Asal Sijil KKM (Kementerian Kewangan Malaysia) dan Sijil Pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk pengesahan dan tempoh sah laku hendaklah melebihi enam (6) bulan dari tarikh iklan termasuk Salinan Fotostat (tidak dikembalikan) dan Kad Pengenalan pemilik lesen. Hanya pemilik lesen sahaja dibenarkan membeli tender ini. 

 

 

4. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri serta dicatatkan Nombor Tender : YWJ (T) 01/2020 pada penjuru atas sebelah atas kiri sampul surat. Sampul surat hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender dan dialamatkan kepada : Pengarah Yayasan Warisan Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Lot 888, Jalan Sungai Chat 80100 Johor Bahru, Johor sebelum atau pada jam

12:00 tengah hari 27/09/2020 (Ahad). 

 

5. Yayasan Warisan Johor tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender. Semua perbelanjaan bersabit dengan tender ini adalah tanggungjawab petender sendiri.