Asklegal

Tender | Services

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara - Safety Security Services


 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal / kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 220801 (Kawalan Keselamatan - Perlu Lesen KDN) serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang masih layak membuat tawaran Tender untuk bekalan seperti berikut:-


Bil. Tawaran

LKTN/(S)/110/7 Jld.5(29)


Jenis Bekalan/Perkhidmatan

 

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA API) UNTUK PEJABATPEJABAT LEMBAGA KENAF DAN

TEMBAKAU NEGARA DI NEGERI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, KEDAH, PERLIS DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SEBAGAIMANA SPESIFIKASI DI DOKUMEN TENDER UNTUK LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA


Taraf

Terbuka, keutamaan kepada pembekal yang bertaraf Bumiputera


Taklimat berhubung Tender di atas akan diadakan pada 9 September 2020 (Rabu), jam 10.30 pagi di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Petender yang ingin menyertai Tender ini diwajibkan hadir taklimat dan sila bawa bersama Surat Asal Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Dokumen Tender boleh diperolehi di Unit Perolehan, Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) pada waktu pejabat bermula pada 9 September 2020 (Selepas Taklimat) dengan harga RM 50.00 senaskah. Bayaran boleh dibuat secara Draf Bank atau Kiriman wang pos sahaja atas nama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Unit Perolehan, Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan sebelum atau pada 30 September 2020 (Rabu) sebelum jam 12.00 tengahari.

Tarikh Iklan : 27 Ogos 2020 (Khamis)